Pantai Timur Catat Kes Tertinggi Cerai Bawah 6 Bulan Perkahwinan. Tak Sangka Ini Faktor Penyebab Utama Perkara Ini Terjadi

KUALA TERENGGANU – Pasangan dalam tempoh ‘bulan madu’ iaitu hanya enam bulan berkahwin yang paling tinggi direkodkan membuat permohonan cerai di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) ketika ini.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, selain kategori pasangan itu, turut direkodkan permohonan cerai daripada pasangan yang sudah 30 hingga 40 tahun bersama, malah ada yang sudah mempunyai cucu dan cicit.

“Bagaimanapun kategori kedua ini sangat jarang dan hanya melibatkan sebilangan kecil kes. Sebagaimana perkahwinan tidak mengenal usia, begitu juga dengan perceraian yang tidak mengenal usia.

“Mengikut data yang diambil daripada fail-fail kes sebelum ini, majoriti daripada mereka memohon perceraian adalah kerana tiada kesefahaman, namun jika diteliti secara mendalam, pihak terlibat tidak mahu mendedahkan alasan sebenar mereka hendak bercerai.

“Hal ini kerana ia melibatkan sensitiviti apabila melibatkan hal dalaman rumah tangga, malah kebanyakannya pula bersetuju untuk bercerai secara baik, maka soal kenapa hendak bercerai tidak dijelaskan secara terperinci.

Iklan

maduu1.jpg

“Berbeza pula dengan perceraian dengan tuntutan fasakh, ia melibatkan pembuktian dan keterangan maka memerlukan alasan yang kukuh untuk membubarkan perkahwinan mereka,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Wan Mohd Zakri berkata, mengikut statistik permohonan perceraian sepanjang tempoh tahun lepas, bilangan permohonan merekodkan penurunan iaitu hanya 1,939 kes didaftarkan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya sebanyak 2,090 kes; 1,896 kes (2018); 1,873 kes (2017) dan 1,786 kes (2016).

“Penurunan ini mungkin disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara ini apabila pengoperasian pejabat dihentikan semasa Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kemudian semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kemasukan orang awam ke mahkamah dihadkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Tempoh pandemik ketika itu sedikit sebanyak menyekat pergerakan orang awam untuk berurusan di kaunter setempat untuk tujuan pendaftaran sekali gus memberi kesan kepada statistik,” katanya.

Sumber: SINARHARIAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pas tikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*