Pakar Perlembagaan Dedahkan Anwar Tak Layak Persembah Sokongan Majoriti Kepada Agong! Ini Penejelasan Padu Beliau

SHAH ALAM – Hanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang layak menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan kedudukan semasa beliau sama ada masih mempunyai kepercayaan majoriti atau sebaliknya di Parlimen.

Sehubungan itu, tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan majoriti seperti didakwa diperoleh beliau telah mengelirukan orang ramai mengenai peranan Seri Paduka Baginda.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, Seri Paduka tidak berperanan dalam menentukan siapa yang memiliki atau hilang kepercayaan majoriti dalam keadaan tiada kekosongan jawatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menentukan siapa ahli Parlimen yang mempunyai kepercayaan majoriti dalam dewan.

“Kenyataan Anwar tentang perkenan Yang di-Pertuan Agong mengenai kehilangan majoriti atau jatuhnya kerajaan telah mengelirukan orang ramai dalam konteks peranan Agong berkaitan kehilangan kepercayaan majoriti ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri. Orang ramai jangan keliru kerana Anwar bukan Perdana Menteri.

“Kalau dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri, sebab itu Agong perkenan untuk Tun Mahathir menghadap Seri Paduka. Kalau tidak, semua orang boleh cakap dia ada majoriti dan mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Anwar perlu menggunakan saluran demokrasi iaitu Dewan Rakyat melalui usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin bagi membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang kepercayaan majoriti.

Mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, katanya, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana menteri hendaklah meletak jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, katanya, ahli Parlimen yang didakwa menyokong Anwar boleh tampil beramai-ramai bagi menyatakan pendirian agar Muhyiddin mengakui bahawa dirinya telah hilang kepercayaan majoriti.

“Kalau Muhyiddin datang kepada Agong serta menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti, barulah kuasa dan peranan Seri Paduka bermula untuk menentukan siapa yang ada majoriti.

“Kalau ada akaun bersumpah (SD) pun tidak boleh bawa kepada Seri Paduka kerana jawatan Perdana Menteri itu tidak kosong.

“Maknanya Anwar tidak perlu persembahkan kepada Agong. Apa yang perlu Anwar buat, beritahu kepada Muhyiddin tentang keadaan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan barulah Muhyiddin boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk letak jawatan atau meminta untuk dibubarkan dewan,” katanya.

 

Terdahulu,

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa dia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 23 September lalu, presiden PKR itu pada satu sidang media mendakwa dia mempunyai sokongan yang “kukuh dan menyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai “dokumen tetap yang tidak boleh diragui” bagi membuktikannya.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.

Seri Paduka dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September dan berangkat pulang ke Istana Negara pada 3 Oktober lalu.

Ada yang mendakwa ini sekadar gimik Anwar, tidak kurang yang mendakwanya berbohong, dan ada pula tidak yakin memandangkan itu bukan kali pertama dia membuat dakwaan sedemikian.

Namun, kenyataan Anwar dikuatkan dengan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa dia dimaklumkan ramai ahli parlimen Umno dan BN menyokong Anwar, dan hal itu tidak dapat dihalang oleh parti.

Gabungan Parti sarawak (GPS) pula yang sebelum ini diura-urakan akan menyokong Anwar, menepis dakwaan tersebut dan menzahirkan sokongan teguh kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin sendiri menegaskan dia masih perdana menteri selagi mana Anwar tidak membuktikan sokongan majoriti yang didakwanya.

Seri Paduka pada Februari lalu juga berdepan dengan krisis seumpama itu susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, selepas Muhyiddin membawa keluar parti Bersatu daripada Pakatan Harapan sehingga menyebabkan tumbangnya kerajaan itu.

Baginda seterusnya bertemu semua 222 ahli parlimen sebelum melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri baru setelah presiden Bersatu itu membentuk kerjasama dengan Umno-BN, PAS, GPS, PBS, dan Star yang dinamakan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, majoriti tiga kerusi dimiliki PN menyebabkan kerajaan yang terbentuk berada dengan kedudukan goyah di Parlimen.

 

 

Sumber – http://www.onlinemalaya.com/blog/pakar-perlembagaan-beritahu-kalau-anwar-nak-jadi-perdana-menteri-ini-yang-sebenarnya-dia-perlu-buat/

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*