Pakai Gelang Kuarantin, Seorang Penduduk Kota Tinggi Merayu Bantuan Makanan Kerana Takde Satu Bantuan Pun Hadir

” Pendapatan saya sebagai kalau ikutkan berdasarkan gaji harian antara RM40-50 sehari. Kalau ada kerja, maka ada gaji. Jika tiada kerja, tiadalah gaji.”

Itu luahan seorang petani, Nasir Abdul Manap, 58, yang kini bergantung kepada bekalan makanan dan simpanan wang sedia ada serta kini perlu menanggung tujuh anak.

Menurut Nasir, para penduduk daerah Kota Tinggi yang memakai gelang susulan kewujudan Kluster Padang merayu bekalan makanan sepanjang mereka berada dalam tempoh kuarantin wajib di rumah.

Katanya, rata-rata penduduk terjejas bekerja sebagai nelayan, petani dan peniaga kecil serta hanya bergantung kepada pendapatan harian manakala arahan kuarantin menyukarkan mereka untuk keluar mencari pendapatan.

” Lagi-lagi kena kuarantin di rumah, macam mana hendak kerja. Kalau langgar arahan, kena denda RM1,000 pula.

” Jadi saya harap sangat bantuan makanan daripada pihak kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dia merupakan antara penduduk Kota Tinggi yang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah setelah melakukan ujian pengesanan COVlD-19 ekoran tercetusnya Kluster Padang pada awal bulan ini.

Sehingga kini, kluster itu telah merekodkan 34 jangkitan dan angka tersebut dijangka bertambah selepas ujian pengesanan secara besar-besaran dilakukan semalam.

 

Sebab pakai gelang kuarantin, ada pihak enggan bertemu untuk beri sumbangan

Seorang nelayan, Shaharudin Sulung, 43, walaupun dia akur dengan arahan tersebut namun bimbang kerana bekalan keperluan hanya cukup makan sahaja.

Katanya lagi, persepsi dan stigma kepada pemakai gelang kuarantin telah menyebabkan mana-mana pihak enggan bertemu untuk memberikan sumbangan kepada mereka.

” Ramai ingat kami pembawa COVlD-19 meskipun kami sedang dikuarantin sahaja. Memang tidak boleh jumpa secara dekat-dekat, tetapi asalkan dalam keadaan jauh.

” Ini pula nak lalu depan rumah pun takut sedangkan kedudukan satu sama lain jauh. Sikap sebegini menyebabkan kami terasa disisih dan dipinggirkan,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain menyampaikan barang keperluan kepada penduduk yang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Menteri Kesihatan kata PKPB perlu bagi mengelak penularan

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah awal penc3gahan dan kawalan perlu dilaksanakan sama ada merawat bagi yang positif mahupun mengenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) bagi yang tidak bergejala.

” Melihat kepada data (gelombang ketiga COVlD-19), perlu kita buat tindakan pantas dan berkesan, dan Akta 342 (Akta Pncegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjngkit 1988) digunakan iaitu pencegahan dan kawalan.

” Mana yang positif kita rawat, mana yang tidak bergejala, kita letakkan bawah HSO.

” Kita lihat hari ini, terdapat kes-kes dikesan di beberapa tempat di Johor. Saya difahamkan Tenggaroh ada kes, Kluang dan juga Tangkak.

” Jadi PKPB ini satu negara kita buat untuk mengelak dan mencegah penularan lebih awal daripada terus merebak, langkah yang kita ambil ini adalah langkah awal.

” Jangan sampai esok kes naik mendadak baru tanya kenapa tidak buat awal,” katanya dua hari lalu.

Terdahulu Dr Adham Baba (gambar atas, kanan berbaju putih) menyerahkan bakul makanan kepada penduduk Kampung Lukut.

 

Sumber- asiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*