“Pagar Makan Padi” – Anggota Polis Buat Kerja Part-time Proses Dan Jual Air Ketum Sendiri

Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesan penglibatan anggota polis dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum, kata Pengarahnya Datuk Zamri Yahya.

Beliau berkata, kegiatan itu dikesan apabila terdapat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalahguna berek kediaman yang dijadikan tempat memproses dan menjual air ketum.

“Kejadian ini amat membimbangkan kerana pembabitan anggota polis dalam kegiatan berkenaan tidak pernah berlaku dan tidak pernah dikesan sebelum ini.

“Jika dahulu terdapat laporan pengambilan ketum dalam kalangan anggota namun kini beralih kepada kegiatan menjual dan memproses dengan mereka turut mengupah orang lain dengan bayaran sekitar RM80 sehari untuk menjualnya,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, beberapa siri tangkapan dibuat terhadap lebih 10 anggota polis disyaki terbabit dengan aktiviti memproses dan menjual air ketum menerusi beberapa serbuan hasil risikan lanjut, baru-baru ini.

“Anggota berpangkat Sarjan dan ke bawah itu ditahan di dua lokasi di sini dan di berek Polis Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak yang dijadikan tempat memproses air ketum berkenaan.

“Mereka mencari pelanggan dan menjualnya untuk mendapat duit sampingan biarpun menerima gaji bulanan menjalankan tugas hakiki polis,” katanya.

Pada masa sama, Zamri memaklumkan tangkapan lain turut dibuat terhadap anggota polis kerana penglibatan menyalahguna kereta peronda (MPV) polis bagi tujuan menyeludup ketum ke Thailand.

“Susulan itu, polis giat mengadakan siasatan untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan mereka dalam permasalahan ini. Ini berjaya ditemui tidak termasuk yang belum dibongkarkan,” katanya.

Menurut Zamri, kesemua anggota terbabit berdepan tindakan digantung tugas atau ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah.

Sumber – Hmetro

 

APA ITU KETUM?

Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa adalah sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap dan kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kawasan pendalaman. Bahagian pokok yang sering digunakan untuk memproses air ketum adalah daunnya.
Terdapat 2 jenis daun pokok ketum (tetulang dedaun) yang sering digunakan untuk tujuan diproses menjadi air minuman:
a. Tetulang daun berwarna merah
b. Tetulang daun berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)
PENYALAHGUNAAN DAUN KETUM
Air daun ketum sering disalahgunakan oleh sesetengah individu atau penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan Psikoaktif Mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria hingga boleh menyebabkan ketagihan.
Air rebusan daun ketum tersebut akan dibungkus dalam paket kecil untuk dijual kepada mana-mana individu, penagih dadah dan ada kalanya ia dijual kepada pelajar sekolah.
BAHAN KIMIA DALAM KETUM
a. Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif.
b. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 di bawah peraturan kawalan psikotropik.
c. Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung di dalam ketum antaranya:
i. Ajmalin
ii. Corynanthedine
iii. Mitaphylline
iv. Paynanthesine
v. Speciophylin
vi Speciogynine.
KESAN KETUM
a) Kesan pengambilan Mitragynine yang berlebihan:
i. Rasa khayal (euforia)
ii. Rasa pening
iii. Mengantuk
iv. Muntah/loya
b) Kesan buruk pengambilan ketum secara berterusan:
i. Mengakibatkan ketagihan
ii. Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
iii. Mulut menjadi kering
iv. Sembelit
v. Insomnia
vi. Hilang berat badan
UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL KETUM
a. Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia.
b. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.
c. Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.
HUKUMAN KESALAHAN MENGGUNAKAN KETUM
Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Rujukan: Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*