[PADAN MUKA] Polis Cabut Hiasan Dinding Restoran Di Penang Ada Unsur Komunis

GEORGETOWN: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

“Kita sudah membuka kertas siasatan untuk kedua-dua kes, satu di sini dan satu lagi di daerah Seberang Prai Tengah.

“Kita belum menghubungi pemilik restoran berusia 40 tahun untuk soal siasat kerana di bawah kuarantin COVID-19,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Polis menanggalkan kertas dinding di dua buah restoran di Pulau Pinang yang mempamerkan unsur komunisme. – Ihsan pembaca

Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis dalam media sosial sehingga menimbulkan pertikaian warganet.

Ramai pihak mendesak tindakan tegas diambil terhadap pemilik restoran terbabit dan ada juga mahu kewarganegaraan individu terbabit ditarik.

Kertas dinding di restoran terbabit kemudiannya sudah pun ditanggalkan oleh polis.

Sumber – bharian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*