Ngendap Seorang Wanita Di Dalam Tandas Sebuah Stesen Minyak, Pemuda Ini Ditahan. Rakaman CCTV Membuktikan…

SUNGAI PETANI: Seorang penjawat awam hari ini telah ditahan kerana mengintai seorang wanita di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 5.20 petang Khamis.
Suspek hadir ke balai polis untuk membuat laporan penafian berhubung aduan yang dibuat oleh mangsa.
Bagaimanapun katanya, keterangan yang diberikan suspek agak meragukan dan dia ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, hasil soal siasat mendapati, suspek tidak mengaku melakukan perbuatan berkenaan seperti yang didakwa pengadu.
Malah, suspek mendakwa dia masuk ke tandas wanita kerana sakit perut disebabkan kononnya tandas lelaki berkunci, namun perlakuan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di hadapan tandas.
Siasatan juga mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari pengaruh dadah.
Adzli berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam Rabu, mangsa berusia 34 tahun itu mendakwa terlihat tapak tangan dan mata suspek di bawah ruang pintu tandas.
Terkejut dengan kejadian itu, mangsa bergegas keluar dan bertanyakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta, yang kemudian memberitahu telah melihat seseorang memasuki tandas tersebut.
Adzli berkata, mangsa kemudian memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil.
Difahamkan, suspek akan direman pada Jumaat.
Sumber-Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*