Netizen Puji Cara Peguam Kupas Isu R0gol Dengan Sangat Baik Berbanding Kupasan ‘Ustaz’ Lain. Ini Penerangannya Yang Buat Netizen Kagum

Berikut berkenaan isu panas kes rog0l yang melibatkan pendakwah selebriti, Da’i Syed yang tular di media sosial. Peguam Mufarwa Farid mengupas isu berkenaan kes rogol ini..
Ini Dipetik dari status fb beliau..
1. Saya secara peribadi, takut dengan trend menyalahkan mangsa rogol.
2. Kita tak tahu apa cerita sebenar.
3. Yang kita tahu, perempuan tu pergi ke rumah lelaki tu, lalu dirogol.
4. Atas fakta ini sahaja, kita dah simpulkan yang perempuan tu ‘rela’ dirogol.
5. Trend begini tak sihat, sebab ia akan menyebabkan orang ramai salah anggap tentang jenayah rogol.
6. Seorang pelacur yang sedang melakukan hubungan dengan pelanggannya, tengah-tengah dia buat dan dia minta berhenti, pelanggan itu wajib berhenti.
7. Kalau pelanggan itu tidak berhenti, meneruskan hubungan itu tanpa kerelaan pelacur itu, itu sudah dikira rogol.
8. Ini cerita pelacur tau. Yang memang bekerja sebagai pekerja seks. Pelacur pun, kalau dia tak rela, menjadi satu kewajipan untok lelaki itu berhenti.
9. Apatah lagi dengan perempuan naif yang diperdaya.
10. Dalam Mahkamah, kalau mangsa rela buat hubungan seksual sebelum dirogol, ia hanya boleh membantu kurangkan hukuman sahaja.
11. Tapi jarang berlaku, kerelaan mangsa sebelum dirogol itu akan melepaskan tertuduh daripada tuduhan merogol.
12. Apabila perempuan tidak mahu, satu kewajiban lelaki untok berhenti. Kalau tak berhenti, dikira rogol.
13. Kita boleh memarahi dan mengecam mangsa yang melulu sahaja mengikut lelaki ke rumah malam buta-buta.
14. Tetapi, untok membenarkan tindakan perogol dengan ketengahkan faktor ‘gatal’ perempuan itu, amat-amat tidak patut.
15. Ini yang kita perlu takutkan. Ada ramai dalam masyarakat kita seolah menghalalkan perbuatan rogol apabila perempuan itu rela datang kepada lelaki itu.
16. Dalam fikiran kebanyakan masyarakat kita, rogol hanya berlaku apabila perempuan itu dari awal lagi tidak mahu.
17. Padahal, tengah-tengah buat tiba-tiba dipaksa pun, dikira rogol.
18. Disebabkan takut menerima kecaman masyarakat dan keluargalah, ramai mangsa diamkan diri apabila mereka dirogol.
19. Mereka takut orang lain kecam mereka kerana kebodohan mereka mengikut lelaki. Disebabkan itu, mereka mendiamkan diri.
20. Ini yang kita perlu perbaiki. Berapa banyak lagi kes-kes rogol tak dilaporkan kerana mangsa salahkan diri sendiri.
21. Oleh itu, minta tolong berhenti menulis kata-kata yang menyalahkan mangsa, kemudian justify pelakuan pemangsa.
22. Ia satu trend yang amat menakutkan.
https://www.facebook.com/mufarwafarid7/posts/4115329051828113
Sumber РFB Mufarwa  Farid

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*