Netizen Keliru, AADK Ni Dedah Keburukan Atau Kebaikan Ganja?

Penerangan AADK Tentang Bahayanya D4dah Jenis Kan4bis Membuatkan Masyarakat Keliru

Salah seorang pengguna menyifatkan, penerangan AADK ni macam lebih banyak bagus dari tak bagus. Mana Tidaknya, Cuba anda baca diatas. Adakah tabiat tidur awal, elak melakukan jenayah dan kreativiti meningkat adalah satu benda merbahaya? Walaubagaimana dadah tetap nombor satu negara dan perlu dielakkan.

KISAH DR.G4NJ4

Berita Disiarkan pada NOV 2019

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap Muhammad Lukman Mohamad atau juga dikenali sebagai ‘doktor ganja’ yang didapati bersalah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Yaacob Md Sam mengekalkan keputusan mahkamah tinggi Shah Alam yang mendapati Muhammad Lukman bersalah atas tiga pertuduhan mengedar 3,010 mililiter delta 9 tetrahydrocannabinol (ekstrak kanabis), 1,422 gram delta 9 tetrahydrocannabinol dan 279.81 gram kanabis pada Ogos tahun lalu.

Peguam bela Hisyam Teh Poh Teik ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah hari ini juga membenarkan pihak pembelaan untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Kami akan membuat rayuan,” katanya.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan mengedar ganja, mahkamah mengurangkan hukuman daripada sabitan asal 10 tahun penjara kepada 7 tahun penjara dari tarikh ditangkap dan 10 sebatan.

Untuk hukuman 10 sebatan mahkamah membenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Selain hakim Yaakob panel hakim lain ialah Hakim Zabariah Mohd Yusof dan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal.

Lukman, 30 tahun bapa kepada seorang anak dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Mahkota, Banting pada 6.45 petang 7 Disember 2015.

“SAYA RASA KITA PATUT SEMAK SEMULA” – TUN M

Berita Pada SEP 2018

PM ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan patut menyemak semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja untuk tujuan perubatan.

“Saya rasa kita patut semak semula,” katanya ketika diminta mengulas hukuman mati terhadap seorang lelaki 29 tahun, Muhammad Lukman Mohamad.

Pandangan Mahathir itu senada dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang mahu menulis rayuan terhadap Peguam Negara Thommy Thomas bagi mendapatkan pengampunan berdasarkan merit kes itu.

Nurul berhujah, ganja semakin diterima di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya dalam rawatan pelbagai penyakit kronik.

Beliau juga berpendapat sudah tiba masanya untuk menyemak semula definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan.

Pada 30 Ogos 2018, Lukman dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ditahan memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Kes itu menjadi tular kerana Lukman memberikan rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.

Malah, pihak yang pernah mendapatkan khidmatnya tampil membelanya di mahkamah.

Kebanyakan negara maju kini lebih terbuka dengan penggunaan ganja terutamanya untuk tujuan perubatan.

Sumber : Malaysiakini Dan Twitter Dan Youtube via cheradaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*