Netizen Bangga Sikap Mulia Wira Negara, Ebit Lew Tular Sampai Ke Korea

Bila sebut sahaja tentang bantuan, tidak dinafikan nama Ebit Lew pasti akan menjadi sebutan ramai. Insan hebat ini tidak pernah kenal erti penat untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dimana ada kesusahan, pasti Ebit Lew yang akan sampai terlebih dahulu untuk menghulurkan bantuan. zsBaru-baru ini, video mengenai keprihatinan pendakwah terkenal itu turut disiarkan menerusi sebuah portal hiburan terkenal Korea, Allkpop.

WEHHHHH USTAZ EBIT MASUK ALLKPOP

Esf2pEuUYAA34HF.jpg

You know that Ustaz Ebit Lew sometime has a good idea how to attract people do good deeds.

Esf2pEuUYAA34HF.jpg

Video tersebut memaparkan Ebit sedang mengedarkan makanan dan bantuan untuk frontliner. Difahamkan, video tersebut tersenarai dalam artikel kerana menggunakan lagu ‘Mmmh’ oleh Kai EXO sebagai lagu latar.

Meskipun video tersebut tersenarai kerana lagu yang digunakan, namun sifat keprihatinan pendakwah tersebut mendapat perhatian dan pujian oleh peminat-peminat K-Pop.

11-1.jpg

Perkara itu turut mendapat perhatian netizen Malaysia yang terkejut dan bangga kerana tidak sangka video tersebut sudah sampai ke luar negara.

Dalam pada itu, difahamkan baru-baru ini peminat kumpulan EXO di Malaysia turut sama berganding bahu mengumpulkan dana ke Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi oleh Ustaz Ebit Lew.

22.jpg

Rakyat Malaysia sememangnya bangga mempunyai seorang insan seperti Ebit Lew dan berharap dengan penularan video tersebut sekaligus dapat menarik perhatian lebih ramai lagi penderma untuk menghulurkan dana ke pertubuhan Ebit Lew.

SUMBER: Twitter via gulapop

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*