“Nasi Dah Jadi Bubur” – Seorang Ibu Kehilangan 3 Anak Serentak

Ipoh: Polis mengenalpasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy,

Katanya, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera parah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.

Mohamed Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.

Katanya, kemalangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang.

“Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.

“Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera parah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sambil memaklumkan ibu mangsa masih dirawat di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

 

Menurutnya, punca kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan pada jam kira-kira 3 petang esok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*