Nampak Kelibat Acab Keluar Masuk Gua, 150 Bomba Teruskan Misi Pencarian. Ini Penjelasan Pihak Bomba..

Seramai 150 anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) hari ini mencari petunjuk baru bagi menjejak Mohammad Ashraf Hassan, 30, yang hi-lang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) di Gopeng, tahun lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Mohamad Yunus Abu berkata pencarian sejauh 25 kilometer mengikut laluan GUT19 itu dilakukan bersempena Latihan Pengoperasian Storm 2020 Peringkat Zon Utara Khas di Gua Tempurung.

Mohamad Yunus berkata latihan dijalankan selama empat hari mulai semalam, disertai 150 pegawai dan anggota JPBM dari Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis melibatkan tiga fasa iaitu jalan lasak, penyelamatan dalam gua dan penyelamatan air.

“Melalui latihan ini kita harap dapat petunjuk baru. Sekiranya ada petunjuk tertimbus di bawah tanah diharapkan dengan faktor cuaca seperti hujan mungkin dapat petunjuk baru,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Gua Tempurung di Gopeng hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Yunus berkata melalui pencarian itu, pihak bomba juga berharap dapat mengurangkan keresahan ditanggung keluarga Mohammad Ashraf atau dikenali sebagai Acap yang hi-lang sejak Mac 2019.

Pada 17 April 2019, polis mengumumkan operasi mencari Acap ditangguhkan sementara selepas pencarian selama 24 hari tidak menemukan petunjuk baru.

Mengenai latihan pengoperasian itu, Mohamad Yunus berkata latihan tersebut bertujuan menguji kemampuan logistik, teknikal dan komunikasi yang turut melibatkan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor sebagai penjejak.

“Latihan ini sebagai persediaan pasukan bomba terhadap sebarang kemungkinan bencana pada hujung tahun, termasuk ketika musim hujan dan kejadian tanah runtuh agar dapat memperkemaskan koordinasi nanti,” katanya.

Selain itu, Mohamad Yunus turut menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti lasak seperti mendaki atau rentas hutan, agar mendapatkan nasihat pihak berkuasa terlebih dahulu, berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.

“Ada Kelibat Dalam Gua”, Abang Acap Pernah Dedah Dron Rakam Secara Tak Sengaja

Biar masa semakin berlalu namun bagi ahli keluarganya, tiada istilah putus asa untuk menjejaki Acap sekaligus mengharapkan ramadan kali ini membawa sinar bahagia buat mereka yang sudah lama menantikan sebuah jawapan.

Kes kehilangan Acap sehingga kini masih menjadi tanda tanya dan sehingga kini sudah lebih dari 45 hari

Buat pertama kalinya, abangnya mendedahkan ada rakaman manusia yang mundar mandir dari dalam gua
Semalam di hari kedua umat Islam berpuasa, di fb miliknya atas nama Denny Lang telah berkongsi berita buat pertama kalinya malah mengharapkan bahawa kelibat yang mundar mandir yang dirakam tanpa sengaja oleh dron adalah adiknya.

Baca perkongsian dibuat abangnya.

Salam Ramadhan Al Kareem. Sudah hari kedua kita menjalani ibadah puasa. Sedikit coretan pada misi tempoh hari.

Alam mistik terlalu sukar untuk kita fahami. Sebagai abang saya sebolehnya menolak sebarang kaitan entiti dalam isu ini.

Tetapi kuasa Allah bila dikata jadi maka jadilah. Dipertemukan dengan seribu satu kisah di bumi Gopeng merupakan satu ilmu baru bagi kami.

Sedia maklum soscmed ini bersifat terbuka. Ada netizen dari luar daerah juga ada kalangan dari penduduk tempatan bumi bertuah Gopeng.

Mungkin ada yang berasa kurang senang jika insiden ini membuka sesuatu rahsia atau perkara yang terlalu sensitif untuk mereka perkatakan.

Namun, percayalah..Jauh di sudut hati saya. Tiadalah lain yang saya harap. Hanya kepulangan Acap sahaja menjadi fokus utama saya.

Apa sahaja petunjuk yang mungkin membawa kepada penemuan Acap terpaksa diambil kira.

Saya Tak Boleh Berhenti Disini. Maafkan saya.

Rakaman dron melihat seperti ada kelibat mundar mandir dari dalam gua

Andai benar ini Acap, doakan agar dibukakan pintu hatinya untuk kembali ke pangkuan keluarga
Untuk pertama kalinya posting saya ada circle mark (bulat)

Jika kelibat ini benar adik saya Acap maka izinkanlah dia pulang.

-Bernama

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*