Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Hotel, Suami Nadia Brian Dedah Semua Perbuatan Curang Isterinya

Kuala Lumpur: “Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya,” kata suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin mengenai keputusannya memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu.

Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.

“Sepatutnya tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November lalu, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.

“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya,” katanya.

Muizz berkata, dia turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya pada 6 Oktober lalu.

“Ramai yang tanyakan mengenai bukti-bukti yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Namun, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan polis, saya serahkan kepada mereka. Ada juga bukti dan keterangan lain daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap di situ selama dua malam.

“Sekiranya siasatan selesai, apa yang dilakukan lelaki ini adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah,

“Saya tak faham ‘fitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting saya nampak dengan mata kepala saya sendiri,” katanya.

Menurut Muizz, dia kesal apabila isterinya masih cuba berselindung walaupun sudah mengakui kesilapannya.

“Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya. Adakah itu masih fitnah?  Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mangsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini jahat. Kenapa masih menegakkan benang basah?

” Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri tetapi saya harus bersihkan nama dan maruah saya dan keluarga. Saya juga harap ini dapat dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita. Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini , menerusi sebuah laporan media, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Perkara terbabit dikongsi Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, dalam satu temu bual bersama program Melodi, kelmarin.

Terdahulu pelakon drama Titian Takdir itu memberitahu semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Nadia bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*