Najib ‘Sound’ Pedas MB Selangor Berkenaan Aksi Hidu Bau Air

Satu lagi insiden pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi ini, menurut kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Susulan itu, arahan henti tugas telah dikeluarkan untuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Henti tugas keempat-empat loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan.

Ia melibatkan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Menteri Besar Beritahu Bila Boleh Dapat Semula Air

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari telah pergi melawat Muka Sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2 untuk memantau kerja kerja pemulihan.

Menurut beliau, rakyat boleh terima air petang ini (19hb Oct 2020)

Ini kenyataanhttps://youtu.be/Gq35SUnS_h0 rasmi Menter Besar

Saya kini di Muka Sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2 untuk meninjau kerja-kerja pemulihan bekalan air akibat pencemaran yang dikesan awal pagi ini. Kadar pencemaran kini mencatat bacaan 1 TON.
Bekalan air akan mula disalur apabila bacaan cecah 0 TON. Usaha pemulihan pencemaran sedang giat dilaksanakan.

Mengikut trend perkembangan bacaan semasa, pencemaran dijangka akan pulih pada petang ini. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat selepas itu. Laporan polis telah dibuat berhubung kes pencemaran. Siasatan sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu, 81 lori tangki air, 34 tangki statik dan 17 Pusat Khidmat Setempat telah digerakkan oleh Air Selangor untuk kegunaan para pengguna yang terlibat.

Dalam pada itu, gambar MB Selangor sedang hidu air yang tercemar menarik perhatian ramai termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak

Najib Sindir MB Selangor

“Mir, Mir. Bau dia macam mana? Benda tu dah jadi, dia hidu. Bawa beberapa cameraman ambil gambar. Up kat FB.

Kata pencemaran. Jadi lagi? Ulang balik. Hidu botol, ambil gambar, up FB, haaa pencemaran.Adoi. Itu je? Mir, Mir”-tulis Najib

‘Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor’ – Exco Selangor

“Sebenarnya, ramai yang salah faham. Sepanjang Sungai Selangor ini tiada kilang-kilang haram,” kata Exco Negeri Selangor, Hee Loy Sian.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor itu berkata demikian sewaktu dalam sidang media di Kuala Selangor, berkaitan isu pencemaran di Sungai Selangor yang menjejaskan bekalan air bersih kepada lebih sejuta akaun pengguna.

Menurutnya, kilang-kilang haram itu kebanyakannya berada di Rawang. “Sisa buangan dari kilang itu mengalir ke longkang, kemudian ke anak sungai dan barulah mengalir ke Sungai Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan wartawan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap kilang-kilang haram yang melakukan pencemaran air.

 

Sumber – Trending Sangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*