Najib Luah Rasa Kecewa Terhadap Syarat Ketat KWSP. Ini Pendedahan Oleh Beliau

Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa majoriti rakyat khususnya pencarum kecewa dengan syarat ketat yang dikenakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pengeluaran i-Sinar.

Katanya, rakyat yang ketika ini dalam kesulitan mebgharapkan kerajaan supaya mempernudahkan pengeluaran “duit mereka” di KWSP.

“Mereka (pencarum) sebenarnya amat kecewa kerana hasrat mereka adalah untuk dibenarkan (pengeluaran), tetapi syarat-syarat ketat (dikenakan) dan dibenarkan sejumlah RM10,000 dikeluarkan secara mereka.

“Dan terpulang kepada mereka, kalau mereka perlu keluarkan RM10,000 mereka keluarkan, kalau tak perlu mereka tak buat.

 

“Kita mesti percaya pada pencarum bahawa ini adalah dana mereka sendiri, duit mereka sendiri dan mereka perlukan dalam keadaan sekarang ini yang mereka hadapi tekanan ketika ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Tambah Najib pencarum sememangnya mengharapkan pengeluaran dapat dibuat bagi membantu mereka dalam kesulitan ketika ini.

Semalam, KWSP mengumumkan dua kategori pencarum yang layak mengeluarkan simpanan dalam Akaun 1 melalui skim i-Sinar yang dilaksanakan bagi membantu rakyat menangani kesan Covid-19.

 

 

 

Perincian itu diumumkan semingguu selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mempersetujui gesaan beberapa pemimpin termasuk dari Umno untuk memperluaskan program berkenaan meskipun terdapat kebimbangan bahawa ia boleh menjejaskan perancangan kewangan persaraan ahli KWSP.

Dalam kenyataan medianya KWSP memaklumkan, ahli yang layak boleh membuat pengeluaran dari Akaun 1 berdasarkan baki dalam akaun mereka.

Mereka yang mempunyai RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1, mereka boleh membuatkan pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1, atau sehingga RM60,000 (yang mana lebih rendah).

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan pembayaran pertama sehingga RM10,000.

Dalam pada itu, Najib pada satu hantaran berasingan berkata tempoh masa pengeluaran i-Sinar juga dilihat agak tidak munasabah.

 

“Adakah munasabah bagi mereka yang ‘tengah lemas’ untuk tunggu tiga bulan lagi sehingga akhir Februari sebelum mendapat pelampung?

“Ramai yang sudah tunggu sejak bulan Oktober apabila saya dan Umno mula menyuarakan saranan ini.

“Tetapi pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud: Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober, mereka perlu tunggu sehingga 11 Januari 2021 untuk memohon dengan pelbagai bukti dokumen,” tulis Najib.

 

Sumber – Mkini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*