‘Mungkin satu hari nanti kena tembak’ – Anak Mendiang Koperal Baharudin Tak Sangka Apa Yang Dikatakan Benar-benar Terjadi

TAPAH – “Bapa selalu ingatkan risiko kerja sebagai anggota polis, malah dia pernah cakap mungkin satu hari nanti boleh kena tembak. Tak sangka apa yang dikatakan itu benar-benar terjadi,” kata anak sulung kepada mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban selepas terkena tembakan di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar pagi tadi.

Shahrul Effendy, 32, berkata, bapanya tidak pernah lokek berkongsi pengalaman kerja dan saling bertukar cerita tugasnya di lapangan setiap kali mereka berjumpa atau pulang ke kampung.

Menurutnya, setiap kali bercerita, bapanya juga selalu mengingatkan risiko tinggi yang perlu dihadapi seolah-olah mahu ahli keluarga menerima hakikat sekiranya terjadi sesuatu kepada dirinya ketika bertugas kelak.

“Dia pernah cakap tugas menjaga sempadan ini bukan mudah, bukan setakat dibaling mercun, silap hari bulan kena tembak.

“Bila mengingatkan kata-kata itu, tahulah saya apa yang dikatakan itu memang benar. Kami sekeluarga reda dan menerima kejadian ini dengan hati yang lapang,” katanya ketika ditemui pemberita di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.

Balu mendiang, Relow Ko menunjukkan gambar kenangan Baharuddin ketika ditemui pemberita di Kem Batalion 3 PGA Bidor, Tapah hari ini.

Kenderaan membawa mayat mendiang tiba di Kem Batalion 3 di sini pada jam 9.30 malam tadi untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sampo, Bahau Negeri Sembilan untuk upacara pengebumian.

Sumber-Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*