MP DAP, YB Yang Syefura Langgar SOP Padahal Dulu Sebok Mengata YB Khairudin Langgar SOP, Kini Kena Kat Batang Hidung Sendiri Pulak

Young Syefura Othman yang juga Adun Ketari telah memohon maaf setelah netizen menvduhnya melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang kini berkuat kuasa di Selangor.

Jelas Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara, walaupun dirinya Adun di Pahang tetapi dia bermastautin di Selangor.

Ia berlaku apabila Syefura menyiarkan foto di Instagram memaparkan dirinya dan empat yang lain kelihatan berkelah di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

” Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorg wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

” Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19,” katanya di Twitter hari ini.

Difahamkan gambar itu diambil semalam tetapi dimuat naik di Instagram pada hari ini. Bagaimanapun, hantaran gambar berkenaan telah dipadam.

Di bawah PKPB di Selangor, perjalanan antara negeri dan antara daerah dilarang kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.

Berkelah juga dilarang secara tegas berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional, bersama dengan aktiviti pelancongan yang melibatkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB.

MKN telah mengeluarkan satu set peraturan baru semalam yang berkuat kuasa mulai hari ini ketika lebih banyak negeri berada di bawah sekatan PKPB, tetapi peraturan yang disebutkan di atas masih berlaku.

Pemakaian penutup muka di tempat tumpuan ramai juga wajib dilakukan sejak 1 Ogos, tetapi penguatkuasaan menjadi rumit mengenai definisi yang tidak jelas mengenai bila penutup muka mesti dipakai dan bila pula pengecualian dapat dibuat.

Sementara itu, sebilangan netizen mendesak Young Syefura untuk meletak jawatan walaupun wakil rakyat D4P tersebut telah meminta maaf.

Netizen korek ciapan lama Rara yang ‘mengata’ YB Khairuddin

Beberapa netizen juga mengedarkan semula tangkap layar ciapannya bertarikh 22 Ogos sebagai maklum balas terhadap permohonan maaf Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali kerana melanggar SOP kuarantin.

Kicauannya pada ketika itu bertulis,”Resign lah!.”

Selain itu, ada juga netizen yang mengulang ciapannya pada 30 Oktober apabila Young Syefura mengkritik Khairuddin kerana tidak memakai pelitupmuka di tempat awam.

” Kasihan YB menteri tiada mask ni. Saya ada banyak, macam-macam warna ada. Nak ke?” katanya pada waktu itu.

Untuk rekod, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh telah mempertahankan Khairuddin.

Ahli Parlimen Bachok itu memuji menteri itu yang dilihat – dan ditularkan – tidak memakai pekliltup muka di tempat awam.

Kata Nik Abduh, tingkah laku Khairuddin itu memberi ‘pencerahan’ kepada orang awam mengenai peraturan pemakaian pelitup muka.

” Beliau (Khairuddin) tunjukkan kita dan bezakan tempat yang sesak yang wajib pakai dari tempat yang tidak sesak yang tak wajib pakai pelitup muka,” katanya.

Kredit: Lawak Siot via achikda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*