MP BN Dijangka Tolak Muhyiddin, Ini Ayat Padu Dari Tun M

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), kata sumber dalaman parti itu hari ini.

“Ini termasuk dalam kalangan 26 Ahli Parlimen BN yang diberikan jawatan oleh Muhyiddin. Mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Jadi mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN hari ini tidak akan memihak kepada Muhyiddin apabila ramai Ahli Parlimen BN bertegas dengan pendirian tidak mahu menyokong Muhyiddin,” kata sumber terbabit.

Hari ini berlangsung mesyuarat membabitkan Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di sini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri semalam.

Antara yang dilihat hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Turut kelihatan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir lebih awal.

Untuk rekod, BN mempunyai seramai 39 Ahli Parlimen.

Dakwaan menjadi lebih kukuh apabila Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut membayangkan perkara sama ketika ditemui media sejurus tiba di Bangunan Dato Onn di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, mesyuarat BN hari ini akan memberi tumpuan kepada gesaan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kegagalannya untuk mengisytiharkan darurat.

“Itulah yang sedang kita bincangkan, namun saya ingin mendengar kedudukan BN terlebih dahulu,” katanya

Berikut pula ulasan terbaru dari TUN M mengenai situasi politik semasa

PENOLAKAN USUL DARURAT

1. Bagi pihak Pejuang saya alu-alukan keputusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bersama-sama Raja-Raja Melayu untuk tidak mengisytihar darurat di Malaysia seperti yang dipohon dan dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Rakyat tentu gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

3. Pejuang juga sambut baik nasihat Yang Maha Mulia Duli Tuanku supaya orang politik kurangkan politik. Sudah tentu ini tidak terhad kepada ahli politik pembangkang sahaja, tetapi termasuklah ahli politik Kerajaan.

4. Oleh itu, diharap sementara ahli politik pembangkang menghormati nasihat Duli Yang Maha Mulia, ahli politik Kerajaan dan Kerajaan juga henti tindakan politik seperti melucutkan jawatan orang politik yang tidak sokong Kerajaan, memberhentikan peruntukan wakil rakyat yang tidak sokong Kerajaan, membeli penyokong parti lawan untuk menjatuhkan Kerajaan Parti lawan, memaksa pilihanraya diadakan kerana percubaan merebut Kerajaan, menolak pendaftaran parti politik seperti Pejuang, dan bermacam lagi tindakan politik seperti sogokan wang dalam pilihanraya.

5. Pejuang tetap akan patuh kepada nasihat DYMM YDP Agong, supaya politik di Malaysia menjadi stabil. Pejuang sanggup bekerjasama dalam usaha semua pihak menangani ancaman Wabak Covid-19.

6. Akhir kata, sebagai pemimpin Pejuang yang belum didaftar, saya ingin menyatakan kesyukuran kami dan junjung kasih kami kepada Kebawah Duli Tuanku YDPA yang telah utamakan kepentingan rakyat dengan membuat keputusan yang bijak terhadap cadangan mengisytihar darurat di negara tercinta ini.

Sumber – Trending Sangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*