
Berita tentang empat sahabat ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas dipercayai terhidu gas karb0n mon0ksida, semalam telah menarik perhatian ramai.
Tiga mngsa yang masing-masing berusia 21 tahun telah meninggI dnia iaitu Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan.
Sementara kembar Nor Adilah, Nor Aqilah Mohd Safwan pula satu-satunya yang terselamat dan kini masih dirawat di Hspital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, dan belum menunjukkan perkembangan positif.
Difahamkan kesemua mngsa yang menuntut di sebuah kolej kejururawatan di Batu Caves itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Jerejak, Pulau Pinang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
Rupanya salah seorang mngsa adalah cicit kepada ulama besar di Kedah
Dalam pada itu, Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz yang juga ADUN Bukit Lada telah datang menziarah ke rumah salah seorang keluarga mngsa, Nor Adilah Mohd Safwan.
Apa yang mencuri tumpuan adalah, menurut Ustaz Salim Nor Adilah yang turut meninggI dnia adalah cicit kepada Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Bin Abbas, salah seorang ulama besar di Kedah.
” Berbahagialah anakanda Adilah dihari jumaat yang mulia ini.
” Dihari yg sama tahun 2003 moyangnya telah kembali kerahmatullah Tuan Guru Hj Ahmad Bin Abbas lebih dikenali Tuan Guru Hj Mad Lala yang di imamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada ketika itu berada di Kedah .
” Beruntunglah anakanda ini besemadi bersama Ulamak besar ini.
” Semoga Allah mengampuni mereka berdua dan dihimpunkan bersama para solihin.
” Kami juga mendoakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada kembarnya Aqilah yg masih lagi dalam rawatan.
Untuk rekod, Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Kedah bertanding di atas tiket PAS.
Siapa Tuan Guru Hj Ahmad Bin Abbas lebih dikenali Tuan Guru Hj Mad Lala?
Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Abbas dan beliau menetap di Jeneri, Sik, Kedah.
Mendapat pendidikan agama di Pondok Tok Kenali dan Pondok Kampung Gajah Putih, Jeneri.
1) Tok Kenali
2) Tok Keramat Haji Jusoh Jeneri
Diantara anak muridnya ialah Ustaz Ibrahim Libya.
Beliau meninggI dnia ketika berusia 123 tahun dan dimakamkan di Jeneri.
Leave a Reply