Moratorium Lanjut Atau Tidak? Tunggu Pengumuman Belanjawan 2021 Jumaat Ini

Keputusan sama ada kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan moratorium atau tidak akan diketahui Jumaat ini.

Menerusi laporan Astro Awani, perkara itu dimakluumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri.

“Jumaat ini kita ada pembentangan Belanjawan 2021.

“Jadi untuk mengetahui sama ada inisiatif itu dilaksanakan kena tunggu Jumaat ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Abd Rahim ketika menjawab soalan tambahan berhubung pemberian projek runding terus melalui Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan ketika pandemik COVID-19 memberitahu, beliau tidak mempunyai sebagai maklumat mengenai perkara itu.

“Dalam pakej yang dilaksanakan itu, saya tidak ada maklumat adakah ia diberi secara runding terus,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bantuan moratorium bermula 1 April lalu hinggga September.

Bank tempatan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS ) pada masa yang amat mencabar ini.

Walaubagaimanapun, bermula Oktober, peminjam perlu menyambung pembayaran hutang bank sedia ada.

Sumber : Astro Awani via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*