MKN Sahkan PKPB Di Beberapa Negeri Akan Ditamatkan. Ini Senarai Negeri Tersebut

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang mencatatkan kes Covid-19 rendah mungkin akan ditamatkan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyampaikan penilaian risiko kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat ini.

PKPB telah dikenakan di hampir semua negeri kecuali Pahang, Kelantan, Perlis, dan sebahagian besar kawasan di Sarawak. Ia dijangka tamat 6 Dis.

“KKM diarah untuk buat penilaiain risiko, walaupun kita umum PKPB di seluruh negara selama satu bulan kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Sekarang KKM sedang nilai dari jumlah kes, sedang dilihat, dan KKM akan bentang keputusan Jumaat nanti.

“Kalau tiada peningkatan kes, status dianggap hijau, maka kemungkinan beberapa negeri akan ditamat PKPB,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji kaedah terbaik untuk menangani penularan Covid-19 di kalangan pekerja asing di negara ini.

“Pagi ini, seorang wakil dari Kementerian Sumber Manusia menyampaikan kepada jawatankuasa teknikal mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pekerja asing.

“Pertama, mengenai perlunya menyaring pekerja asing di negara ini, tetapi cabarannya ialah terdapat 1.7 juta pekerja asing di sini.

“Berapa lama ujian itu akan berlangsung, dan berapa banyak makmal yang kita ada? Dan adakah ujian PCR atau RTK-Antigen?

“Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersetuju untuk membayar sebahagian dari kos ujian swab, tetapi pekerja yang tidak dilindungi oleh Perkeso harus membayar sepenuhnya. Jadi ini juga menjadi masalah.

“Kita mencadangkan (kepada kementerian) untuk memulakan dengan negeri-negeri yang mempunyai banyak kawasan industri seperti Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang,” katanya.

Ismail berkata, masalah lain yang perlu dikaji oleh Kementerian Sumber Manusia termasuk tempat tinggal yang padat dan adakah pekerja perlu memakai gelang khas ketika keluar di tempat awam.

 

sumber – Malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*