Misteri Gangguan Ketuk Pintu Rumah, Mungkin Tapak Rumah Tu Perkampungan Jin. Dia Saja Ajak Gurau. Baca Penjelasan Lanjut

KEBELAKANGAN ini kita digemparkan dengan kejadian ketukan pintu rumah yang sehingga kini diselubungi misteri.

Insiden yang pada mulanya dilaporkan di Sabak Bernam, Selangor itu kini dikhabarkan telah merebak ke beberapa negeri dan terbaharu di Pahang.

Misteri ini bukan sahaja berlaku di satu tempat malah sudah merebak ke tempat lain.

Menurut Amir Syamsul Rijal menerusi catatan di Facebook miliknya, berdasarkan pengalaman diri sendiri, misteri itu boleh berlaku disebabkan beberapa perkara termasuklah gangguan jin.

Katanya, gangguan ini berlaku disebabkan tapak kediaman seseorang berkemungkinan tapak perkampungan jin. Gangguan ketukan pintu itu biasanya menggangu tidak lebih daripada tiga buah rumah berdekatan.

“Ia tidak memberi kesan kepada tuan rumah kerana tindakan itu lebih kepada ‘gurauan’ kepada manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Amir turut berkongsi pengalaman satu kejadian di Muar, Johor apabila sebuah rumah yang didiami warga emas tiba-tiba diketuk dan apabila dibuka muncul makhluk kenit membawa kendi emas.

“Paling membimbangkan, sekiranya ada rumah yang menerima gangguan ketukan pintu, penghuni rumah tersebut boleh terkena tempias gangguan ilmu hitam tersebut.”

Lebih menyeramkan katanya, ia meminta air daripada tuan rumah kerana bekalan air di tempat persembunyiannya kering kontang disebabkan musim kemarau.

“Setelah orang tua itu mengisi air di dalam kendi emas itu, orang kenit itu terus menghilangkan diri ke dalam hutan di hadapan rumah warga emas itu,” ceritanya.

Sementara itu, Amir memberitahu kejadian itu berlaku mungkin disebabkan perbuatan khianat seseorang yang mengamalkan ilmu hitam selain gangguan lain seperti penampakan makhluk di atas bumbung dan sebagainya.

“Jika kita lihat kejadian ini berlaku lebih daripada tiga kali dan adatnya sehingga 40 kali dan ia tidak berlaku di satu kawasan sahaja sebaliknya ia merebak ke negeri lain.

Dalam satu kejadian, ada yang berjaya merakam kehadiran kelibat seperti pocong muncul selepas pintu rumah diketuk.

“Ini berkemungkinan sebagai mencukupi syarat bagi melengkapkan ilmu hitam yang sedang didalami seseorang.

“Paling membimbangkan, sekiranya ada rumah yang menerima gangguan ketukan pintu, penghuni rumah tersebut boleh terkena tempias gangguan ilmu hitam tersebut,” katanya.

Bagi mengelakkan sebarang gangguan katanya, terdapat beberapa cara mengatasi gangguan ketukan misteri termasuklah membaca Al-Fatihah (sekali), Selawat (3 kali), Ayat Kursi (7 kali).

Selepas membaca ayat-ayat tersebut, hembus pada tapak tangan dan ketuk pintu rumah sebanyak tujuh kali dan amalkan setiap malam.

Bagaimanapun sebagai umat Islam seseorang perlu percaya setiap yang berlaku itu ialah atas izin Allah. Namun sebagai makhluk, kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyanyang.

Jangan sesekali kita berjumpa dengam bomoh yang mengamalkan perubatan bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia akan membawa seseorang kepada syirik kepada Allah.

Sumber-MStar

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*