Mira Filzah ‘Tertinggi’ Suara Pada Suaminya. Ini Seterusnya Yang Berlaku Selepas Insiden Itu

Hampir dua bulan mendirikan tangga, masih ramai yang belum boleh move on dengan kisah cinta Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar. Nampaknya, baru-baru ini pasangan itu memuat naik video pertama mereka di di saluran Youtube EmirAmirah.

Menurut Mira, video itu dihasilkan atas permintaan para peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan pasangan itu dalam melayari bahtera rumah tangga.

Menerusi video berdurasi 10 minit itu, sememangnya Wan Emir dilihat agak pemalu berbanding Mira yang lebih banyak bercakap. Namun, rata-rata netizen menyifatkan Emir seorang yang suka menggunakan ayat panjang dalam berbicara sama seperti perkongsiannya di media sosial.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai sepanjang video tersebut apabila di minit 2.28, Mira tidak sengaja meninggikan suara kepada suaminya ketika bermain cabaran ‘Knowing Each Other’ yang dilakukan.

Sedar akan tindakannya itu, Mira kemudian berkata ‘ala I tinggikan suara’ sebelum menggunakan memujuk suaminya dengan nada suara yang lembut dan manja.

Diruangan komen, ramai yang memuji sikap romantis pasangan itu dan kecomelan mereka. Malah, ramai yang cair setiap kali melihat cara Emir memandang isterinya penuh kasih sayang.

Dalam pada itu, ramai yang tidak sabar untuk melihat video seterusnya serta memberi cadangan tentang topik yang patut dilakukan oleh pasangan itu selepas ini.

 

Sumber – Rotikaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*