MENYEDIHKAN, Sorang Polis Bantuan Maut Digilis Kereta. Ini Lokasi Kemalangan Tersebut

KUALA LANGAT – Seorang polis bantuan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum digilis sebuah kereta di Kilometer 21, Jalan Klang-Banting-Port Dickson di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Arif Asyraf Abdul Manaf, 31, yang bekerja di syarikat Amsteel meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu.

“Akibat pelanggaran tersebut mangsa telah terjatuh ke jalan raya sebelum sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu lelaki berusia 59 tahun gagal mengelak sebelum menggilis mangsa.

“Mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Azizan, pemandu kereta yang merupakan pekerja pendawaian elektrik tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber – K! ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*