Menyedihkan! Seorang Lagi Disahkan Meningg4l Akibat Lemas Ketika Tidur Dalam Kereta

SEBERANG JAYA: Seorang lagi mangsa yang sebelum ini kritikal, Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.
Terdahulu, dua penuntut kolej maut manakala dua lagi rakan mereka kritikal akibat lemas terhidu gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Samagagah, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Rakan mereka yang juga pasangan kembar berusia 21 tahun pula tidak sedarkan diri dan dirawat di hospital di Lumut dan Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kejadian berlaku ketika empat sahabat itu berhenti untuk berehat di stesen minyak berkenaan malam tadi.

ini merupakan peringatan kita bersama. Pastikan anda periksa keadaan kereta anda sebelum tidur dimana-mana lokasi.

Meninggal ketika dalm tidur adalah dalam keadaan yang tidak sedar dan ia amat bahaya.
sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*