Menyedihkan! Ramai Kanak-kanak Ketinggalan Sesi Pengajaran & Pembelajaran Dari Rumah Kerana Tiada Komputer Riba, Namun Tetap Tiada Peruntukan Buat Mereka!

BALIK PULAU: Tiada peruntukan membabitkan komputer riba atau kelengkapan gajet lain buat masa ini bagi pelajar yang mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim berkata, bagi pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan yang berdepan kesukaran mengikuti sesi PdPR kerana masalah gajet, boleh ke pusat khidmat beliau di Sungai Rusa dekat sini.

“Saya tak buat peruntukan ini (komputer riba dan gajet). Tetapi, pelajar boleh ke pusat khidmat di Sungai Rusa dan gunakan komputer yang ada di situ untuk sesi PdPR,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mingguan Malaysia melaporkan mengenai kesukaran yang ditempuh oleh empat beradik yang tinggal di Sungai Rusa, di sini yang terpaksa berkongsi sebuah telefon bimbit bagi mengikuti sesi PdPR.

Empat beradik berkenaan, Nur Syuhada, 15 dan tiga adiknya Mohd Yusof, 13, Ibrahim, 10, Adam, lapan bergilir-gilir menggunakan telefon bimbit berkenaan setiap hari bagi menyelesaikan kerja sekolah.

Menurut Zolkifly, di pusat khidmat berkenaan beliau memang telah lama menyediakan seunit komputer untuk kegunaan orang awam secara percuma.

“Sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kelengkapan sesuai untuk belajar boleh datang ke pejabat dan gunakan komputer ini.

“Pejabat saya dibuka setiap hari bekerja pada pukul 9.30 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan juga akan menyediakan kemudahan TV Pendidikan untuk pelajar dalam tempoh terdekat supaya semua pelajar boleh mengikuti sesi PdPR.

“Kerajaan akan perkasakan TV Pendidikan, bakal ada tiga saluran disediakan supaya semua boleh belajar dan sama-sama ikuti sesi PdPR,”

Sumber – UTUSAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*