Menyedihkan!! Air Asia Dijangka Bakal Buang Ratusan Pekerja Lagi Dalam Tempoh 24 Jam

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad sekali lagi memutuskan untuk mengurangkan tenaga kerjanya susulan kesan pandemik COVID-19, menurut sumber yang mendengar taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Riad Asmat.

Tambah sumber, tiada angka terperinci diberikan namun ia melibatkan beberapa ratus tenaga kerja AirAsia Berhad.

“Ini keputusan yang amat sukar setelah beberapa bulan kita lalui tempoh sukar. Beberapa ratus tenaga kerja akan dibuang, tiada angka terperinci buat masa ini.

“Kriteria (siapa yang bakal dibuang) akan diberitahu nanti. Pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam.

“Saya memohon maaf kepada tenaga kerja yang terlibat. Anda perlu kekal kuat dan kami akan terus menyokong anda dalam pelbagai cara,” ujar sumber itu yang memetik kata Riad.

 

Menurut sumber, AirAsia bagaimanapun akan terus menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja yang terjejas.

“Dari perspektif perniagaan, kami sudah mencuba sebaik mungkin sejak beberapa bulan lepas untuk mengurus syarikat.

“Bagi pekerja yang tidak terlibat, usaha harus ditingkatkan dalam menjalankan tugas anda.

“Gaji anda juga tidak akan dipotong,” tambah Riad.

Sumber itu memaklumkan, proses pengecilan tenaga kerja itu akan berlaku menjelang hujung bulan ini.

Sementara itu sumber turut memaklumkan AirAsia X dalam sesi taklimat berasingan turut mengumumkan pengecilan tenaga kerja melibatkan bahagian operasi, teknikal, serta kru.

Proses pengecilan tenaga kerja itu akan menggunakan asas “yang terakhir sertai, yang pertama keluar”.

Jumlah sebenar tenaga kerja yang terjejas tidak dinyatakan namun ia dijangka melibatkan ratusan tenaga kerja.

Sumber turut memaklumkan beberapa ratus tenaga kerja juga akan ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih.

Selain itu AirAsia X akan menyemak semula gaji pokok tenaga kerja dengan hanya 25 peratus sahaja bayaran.

Sumber memaklumkan tenaga kerja yang terlibat akan dimaklumkan pada Khamis ini termasuk jumlah pampasan yang bakal diterima.

 

Sumber – Wow berita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*