Menteri Agama Ucap Tahniah Kepada Erra Fazira Yang Selamat Diijabkabulkan..

Sekali dengar nama, disangka selebriti, Erra Fazira yang berkahwin, rupanya bukan. Sebut sahaja nama itu, pasti ramai yang terbayangkan pelakon Sembilu atau Maria Mariana itu yang terkenal sekitar tahun 1990-an hingga kini.

Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membuat kicauan yang mengejutkan orang ramai. Ucapan tahniah beliau atas perkahwinan Erra Fazira telah menyebabkan warga maya tersilap sangka, hinggalah mereka melihat gambar dan membaca kicauan hingga akhir.

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut,”tulis Dr Zulkifli, menambah beliau turut menyangka individu itu adalah pelakon Sembilu pada awalnya.

Beliau juga sempat mendoakan kebahagiaan pasangan itu dengan perkahwinan yang diberkati dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

 

INGATKAN PELAKON SEMBILU YANG BERNIKAH

Boleh tahan Dr punya clickbait

4 KALI BACA .. HAHA!

Sumber – Tehtarikkaw

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*