“Menggunakan ‘Avatar’ di FB Boleh Menjatuhkan Akidah” – Pedas Kata-Kata Marliya ..

Wargamaya hari ini sudah mula ‘demam’ bermain Avatars di Facebook. Rata-rata pengguna media sosial itu ramai yang sudah mencuba dan begitu teruja dengan ciptaan terbaru yang dikeluarkan oleh Facebook itu.

Ciptaan ‘avatars’ ini membolehkan pengguna mengekspresikan diri mereka menjadi kartun dengan lebih realistik. Bukan itu sahaja, pengguna dapat berkongsi ciptaan mereka di bahagian komen, aplikasi Messenger dan lebih menarik boleh diletakkan di Facebook Stories.

Bagaimanapun, seorang wanita bernama ‘Marliya Ramli‘ membuat posting mengenai sejarah ‘Avatars’. Ikuti perkongsian beliau;

Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!

“Avatar – (Sanskrit: अवतार, avatāra) dalam agama Hindu bermaksud jelmaan Tuhan di bumi dalam rupa manusia atau mahkluk lain. Selain Tuhan, golongan dewa-dewi dan para Rishi juga dikatakan jelmaan di bumi untuk sesuatu tujuan tertentu.

Konsep Avatara ini mungkin telah dibayangkan dalam Rig Veda di mana Indra dikatakan mempunyai kesaktian luar biasa untuk mengambil apa-apa rupa[1].

Beberapa Avatara yang disenaraikan sebagai Dasavatara (Sepuluh Avatara) juga ditemui dalam kesusasteraan Vedik awal. Satapatha Brahmana menyebut tentang Kurma[2], Matsya[3], Varaha[4] dan Vamana Avatara[5].

Doktrin Avatara telah julung kali dihuraikan oleh Sri Krishna dalam Bhagavad Gita. Menurut doktrin Avatara, Tuhan lahir atau menjelma di bumi untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran dan kejahatan, menegakkan dharma dan menyelamatkan orang-orang yang melaksanakan Dharma/Kebenaran.

Konsep Avatar merupakan salah satu rukun asas agama Hindu, terutamanya dalam Vedanta dan mazhab Vaishnavisme.[6] Lazimnya, perkataan ‘Avatara’ sering dikaitkan dengan Tuhan Mahavishnu.

Meskipun dalam tradisi-tradisi Vedanta, Vaishnavisme dan Saktaisme, Tuhan Siva dipercayai telah menjelma dalam beberapa rupa tertentu mazhab Saivisme tidak menerima konsep Avatara Siva.”

Menurutnya, dia mengambil sumber itu daripada ‘Wikipedia’. Bincangkan…

Sumber – theklasik

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*