MENGEJUTKAN! Mayat Bapa Kepada Nelayan Telah Ditemui Hanyut Di Tengah Laut. Ini Rupanya Hal Sebenar..

Sebelum ini di Facebook, viral video menunjukkan seorang nelayan yang hanyut di tengah laut diselamatkan sekumpulan lelaki. Ketika ditemui, mangsa dilihat terkapai-kapai berpaut pada pelampung jaring nelayan. Menurut mangsa lagi, dia dan ayah turun ke laut sejak awal pagi dan bot telah karam lebih kurang jam 10 pagi.

M44yat mangsa bot karam dijumpai 2 batu nautika barat daya Pantai Kelanang, 10.30 pagi, hari ini.Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, m44yat yang dijumpai adalah nelayan bot fiber yang keluar mencari udang bersama anaknya.

Bapa Saya Dah Tenggelam’ – Bot Karam, Nelayan Dijumpai Hanyut Di Tengah Laut

“M44yat Abdul Rahman Mat Kasim, 66, dijumpai oleh nelayan dalam keadaan terapung lengkap berpakaian.

“M44yat dibawa ke Jeti Kelanang oleh Bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diiring oleh Bot Petir 90 untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga dan seterusnya dibawa ke Hospital Banting untuk siasatan lanjut.

“Operasi Carilamat Tanjung Sepat ditamatkan pada jam 1 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Rosli berkata, pencarian mangsa bot nelayan tempatan Kelas C diteruskan di Kuala Selangor dengan keluasan 105 batu nautika persegi.

“Agensi yang terbabit adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Dua m44ngsa yang masih hilang adalah warga Indonesia yang menaiki bot nelayan tempatan Kelas C pada Khamis lalu. Operasi diteruskan sehingga 7 malam ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Banting 2.30 petang hari ini.

Khamis lalu, bot fiber dinaiki Abdul Rahman dan anaknya, Mohd Farizal Abdul Rahman, 40, karam akibat cuaca buruk, 2.9 batu nautika di perairan Tanjung Sepat.Anak mangsa diselamatkan oleh nelayan berhampiran.

Kredit:HMETRo via Awatsyeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*