
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengumumkan penarikan diri beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja (AJK) penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Menurut Maszlee, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi serta kehendak rakyat terbanyak.
Bekas Menteri Pendirikan era pemerintahan Pakatan Harapan itu menegaskan, beliau yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh politikus elitis.
“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, Maszlee berkata, beliau akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
“Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan,” katanya lagi.
Maszlee umum tarik diri sebagai AJK penaja Pejuang
Sumber-Astro Awani
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply