MENGEJUTKAN! M Daud Kilau Bakal Jalani Pembedahan Jantung Yang Sangat Penting Dalam Masa terdekat

BAGAN DATUK – Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau dijangka menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Penyanyi veteran berumur 82 tahun itu berkata beliau akan menghadiri janji temu di IJN pada Isnin ini sebagai sebahagian daripada proses sebelum menjalani pembedahan berkenaan.

M Daud Kilau atau nama sebenar Muhammad Daud Kilau berkata beliau telah dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan Isnin lepas dan kini berada di Wangsa Maju, Kuala Lumpur sebagai persiapan janji temu dengan pihak IJN.

“Saya baru sahaja sampai di rumah anak saya di Wangsa Maju hari ini. Sekiranya pemeriksaan berjalan dengan lancar, Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan menjalani pembedahan jantung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Penyanyi lagu malar segar “Che Mek Molek” itu berkata beliau terharu kerana tidak putus-putus menerima mesej dan panggilan daripada peminat serta sahabat handai yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya agar kembali sihat seperti biasa.

“Saya minta peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali saya mendoakan saya semoga pembedahan tersebut berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, anak penyanyi veteran itu, Ahmad Zaini Mohd Daud, 49, berkata ayahnya masih kelihatan lemah dan kurang selera makan selepas keluar dari Hospital Teluk Intan, Isnin lalu setelah dimasukkan ke wad sejak 12 Nov lepas kerana sesak nafas.

Beliau turut mengulangi harapan supaya peminat ayahnya dapat mendoakan kesihatan Raja Gelek itu serta dipermudahkan urusan menjalani pembedahan kelak.

M Daud Kilau berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lepas seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

— BERNAMA via wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*