MENGEJUTKAN! 1 maut, 4 hilang, 121 selamat kapal Dayang Topaz karam

PUTRAJAYA – Seramai 121 kru kapal Dayang Topaz diselamatkan,manakala seorang meninggal dunia dan empat lagi hilang dalam kejadian kapal karam, 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak hari ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima aduan daripa kapal Sapura Construction yang melaporkan isyarat kecemasan daripada kapal, 6.45 pagi tadi.

Katanya, kapal Sapura Construction bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz dan mendapati kapal berkenaan mula karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi terjun ke laut.

Katanya, tiga kapal dan sebuah bot APMM berpangkalan di Miri digerakkan ke lokasi berkenaan bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

“Seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi hilang dalam operasi menyelamat pada 8.45 pagi ini, ” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Katanya,pihak MRCC Putrajaya kini sedang melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru hilang.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

 

Sumber – wowoberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*