Memang Melampau! Ada 4,000 Liter Lagi Yang Belum Buang. Ini Rupanya Premis Yang Buat Pencemaran Tu…

RAWANG: Polis menemui 40 tong berisi 4,000 liter bahan buangan berjadual di dalam sebuah premis disyaki menjadi punca pencemaran di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium di Jalan Velox, Rawang.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, premis tersebut terletak di Jalan Velox 2, kira-kira 300 meter dari loji tersebut dan bahan buangan yang dijumpai itu masih belum dilupuskan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati premis tersebut baru sahaja beroperasi selama dua minggu dan dipercayai merupakan stor bagi menyimpan bahan buangan.
“Kami dapati hasil bau solven (bahan pelarut) yang ditemui di IWK dijejak dan sampai ke premis ini.
“Ada satu premis yang disewakan sebagai stor untuk simpan bahan-bahan dipercayai untuk dilupuskan.
“Cara mereka lupuskan, ini hasil siasatan awal, mereka buang dalam satu lubang kumbahan. Ini yang mengalir ke loji IWK, melimpah lalu menyebabkan Sungai Selangor tercemar,” katanya.
Foto Astro AWANI

Foto Astro AWANI
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan ke lokasi berkenaan bersama beberapa pegawai dari agensi berkaitan di sini pada Rabu.
Berdasarkan siasatan awal dan juga dapatan yang diperoleh di lokasi kejadian, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur sabotaj dalam kes tersebut.
“Setakat ini empat suspek telah ditahan dan pihak kami sedang menyiasat kemungkinan sekiranya ada lagi suspek lain dalam kes tersebut,” ujarnya.
Sebelum itu, menerusi satu kenyataan pada Rabu, polis menahan empat individu dipercayai ada kaitan dengan kes pencemaran air di Taman Velox, Rawang.
Sumber- Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*