Masyaallah! Bayi Comel Yang Dilahirkan Dalam Perahu Ketika Banjir Dinamakan Siti Noor Banjiriah

SEORANG bayi yang lahir ketika banjir melanda, dinamakan Siti Noor Banjiriah.

Portal berita Tribun News melaporkan, ibu kepada bayi itu, Ernawati melahirkannya ketika berada di atas bot sewaktu paras air naik dan menenggelamkan beberapa wilayah di Kalimantan Selatan, Indonesia.

Ernawati dibantu dua orang bidan pada saat kelahiran yang mencemaskan itu.

“Pagi 20 Januari, saya sudah merasakan sakit untuk bersalin. Ketika bersiap untuk ke hospital, air tiba-tiba naik mendadak.

“Baru sahaja naik bot, saya rasa bayi sudah mahu keluar,” kata Ernawati yang mengimbas semula insiden ketika air bah melanda kampungnya, Desa Lokbaintan, di mukin Sungai Tabuk, Banjar.

Portal berita Kompas.com pula melaporkan, salah seorang bidan itu yang bernama Arfat, berkata dia dan rakannya bergegas ke rumah Ernawati lantaran mendapat tahu tentang seorang penduduk kampung yang sarat dan menunggu masa untuk melahirkan.

Ketika tiba, kesemua mereka terus naik ke dalam perahu untuk dipindahkan, dan waktu itu jugalah bayi Ernawati ‘tidak sabar’ untuk menjengah dunia.

“Kami melihat bukaan yang jelas, dan ibunya sedia melahirkan,” ujar Arfat.

Siti Noor Banjiriah selamat dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram dan panjang badan 50 sentimeter.

Kedua-dua ibu dan bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Ketika kejadian, sudah seminggu kampung itu dilanda banjir teruk, dan tiada akses keluar masuk kecuali dengan menaiki perahu.

 

Sumber – awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*