Masuk Bank Untuk Keluarkan Duit, Akhirnya Jadi Kenyataan Sebab ‘Duit’ Keluar Kena Bayar Kompound Langgar SOP

Pembantu jualan kena kompaun RM1,000, masuk bank tak daftar nama

LIPIS 18 Nov. – Patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) bila masuk bank, jangan sampai terpaksa ‘ambil’ duit untuk bayar kompaun.

Akibat tidak mendaftar masuk ke sebuah bank dua pembantu jualan dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,000 di sebuah bank di bandar lama Lipis di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, dalam pemantauan kira-kira pukul 12 tengah hari itu kedua-dua individu lelaki dan wanita berumur 21 dan 22 tahun di kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Individu berkenaan tidak mendaftar semasa masuk ke dalam premis dan tidak menyukat suhu badan serta tidak menggunakan pencuci tangan.

“Pihak polis telah mengarahkan supaya mengikut SOP untuk masuk ke dalam premis dan kompaun telah dikeluarkan,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, dua individu beralamat di Kampung Kechor Tui dan Rumah Kos Rendah Batu 4 di sini dikenakan tindakan di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2020).

Katanya, pihak polis akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan SOP ditetapkan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber – awattsyeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*