“Manfaatkan Air Hujan Adalah Bagus” – Menteri Galakkan Rakyat Kelantan Tadah Air Hujan Dan Gunakannya

Tuan Ibrahim Tuan Man  yang merupakan Menteri Alam Sekitar dan Air berkata Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air tidak mencukupi. Hal ini sering berlaku saban tahin dan nampaknya isu ini tiada penghujungnya.

Kata Tuan Ibrahim tidak seperti negeri lain Kelantan tidak terlampau terdedah dengan sektor industri justeru kualiti air hujannya lebih baik.

“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara,” katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.

Timbalan presiden PAS itu berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu, semalam.

 

Air bersih merupakan antara isu kemudahan asas yang membelenggu kerajaan Kelantan sejak sekian lama.

Selain tiada bekalan air yang memadai, air kotor – diperolok sebagai teh tarik dalam paip oleh pengkritik – juga menjadi isu yang banyak dibangkitkan oleh orang ramai.

 

Ia menjadi lebih ‘panas’ apabila ada pemimpin PAS mengkritik kerajaan Selangor semasa berlaku gangguan bekalan air baru-baru ini.

 

 

Ia mengundang kecaman ke atas PAS pula dan parti itu dikritik kerana masalah air di negeri yang mereka tadbir sejak 1990 dianggap lebih kronik.

Personaliti TV dan pengacara terkenal, Amin Idris, kemudian menjemput menteri besar Selangor, Amirudin Shari, dan Kelantan, Ahmad Yakob, untuk membincangkan isu berkenaan. Namun hanya Amirudin menerima pelawaan berkenaan.

Amin pula diserang dengan pelbagai kritikan dan label oleh penyokong PAS ekoran tindakannya itu.

Tuan Ibrahim berkata sebenarnya air hujan boleh dimanfaatkan kerana ia “bagus” kecuali di kawasan perindustrian.

“Sebenarnya kalau boleh kita hendak manfaatkan air hujan sebab airnya bagus, cuma di kawasan industri, air lebih terdedah udara tercemar,” katanya.

 

SUmber – Malaysaikini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*