[MALANG TAK BERBAU] Selepas Kontroversi Macau Scam, Ini Akan Terjadi Kepada Business Sharnaaz

” Belum ada sebarang panggilan saya dapat setakat ini daripada SPRM. Namun, saya sudah bersedia untuk memberikan kerjasama penuh jika dipanggil.”

Itu kata-kata pelakon Sharnaaz Ahmad, 35 yang mengatakan beliau belum dipanggil SPRM berhubung siasatan kes pengubahan wang hram Mcau Scam dan perjuudian dalam talian.

Bagaimanapun Sharnaaz berkata, dia ada menghubungi SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan dan bersedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

” Saya mengaku pernah menghubungi SPRM bagi memberi keterangan sebaik isu terbabit menjadi bualan. Apapun, butiran maklum balas SPRM adalah sulit untuk saya kongsikan,” katanya.

Pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu berkata, dia tidak perlu rasa takut kerana tidak bersalah. Dia juga mendakwa tidak terbabit dalam sindiket berkenaan.

” Kegiatan hram terakhir yang pernah saya lakukan adalah kuda longkang. Itu pun masa saya masih di zaman persekolahan.

” Itu pun kalah sebab saya memang tiada bakat dalam perjuudian. Saya cuma ada bakat dalam memikat hati dinda (perempuan) sahaja,” seloroh Sharnaaz.

Terkait dengan isu Mcau Scam, bisnes Sharnaaz terjejas sedikit dari segi jenama

Pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini juga bersyukur perniagaannya tidak terjejas disebabkan kntroversi mengaitkan jenama diusahakannya itu baru-baru ini.

” Syukur, perniagaan saya masih berjalan seperti biasa.

” Namun, agak terjejas sedikit daripada segi jenamanya sajalah,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua artis terkenal dalam bidang lakonan dan pengacaraan bakal dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes terbabit.

 

Cawangan Ketiga BubbleBee Milik Sharnaaz

Ketika ditanya, apakah faktor yang membuatkan Sharnaaz berminat untuk menyertai Shuib, jawabnya kerana dia melihat potensi besar yang ada pada kafe ini

” Sebenarnya masa Shuib baru buka seminggu cawangan pertama di Menara U2 Shah Alam, saya yang pertama hubungi Shuib. ‘Ib kalau kau nak buka franchise, aku nak ambil’.

” Tapi waktu itu dia cakap ‘aku tak fikir lagi Mat (Sharnaaz) aku nak buka’. Selepas sebulan daripada itu barulah dia hubungi saya balik.

” Disebabkan saya percaya dengan jenama itu. Kalau saya tak percaya jenama, saya tak akan berani buka.

” Yang ini saya boleh nampak keuntungannya. Peniaga mana yang tak nak untung”

Untuk info, pada Julai lalu rangkaian minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee telah melancarkan cawangannya yang ketiga di Setapak, Kuala Lumpur.

Perniagaan milik Shuib ini kini disertai oleh Sharnaaz yang juga merupakan pemilik cawangan Danau Kota, Setapak.

Terdahulu kntroversi mula timbul apabila Shuib dipanggil oleh SPRM untuk membantu penyiasatan berhubung sindiket ‘Mcau Scam’ dan juudi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit.

Berikutan itu, beberapa individu termasuk seorang ahli perniagaan bernama Dato Addy Kana dan isterinya Datin Alyaa telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung sndiket tersebut.

Jenama Bubblebee milik Shuib sedikit jerjejas susulan ahli perniagaan itu memiliki 4 cawangan rangkaian francais minuman itu.

 

Sumber – limauais

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*