“Maaf Yang Dah Terlambat” – Gadis Pandu Myvi Terbang Mohon Maaf Kepada Keluarga Arw4h

Johor Bahru: “Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa,” kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi.Nur Fatin, 23, yang juga pemandu Perodua Myvi menyebabkan kem4ti4n seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sabtu lalu, menyatakan demikian dengan linangan air mata ketika membuat rayuan dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh kemudian dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh d4d4h.

“Saya mengaku salah dan sangat menyesal atas perbuatan saya.Saya memohon maaf dan ampun daripada keluarga mangsa kerana menyebabkan kejadian ini,” katanya.

Nur Fatin dituduh dia memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kem4ti4n anggota TLDM, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, Sabtu lalu.

Namun, ayah mentua kepada Allahyarham Mohd Rizal yang yang duduk di galeri awam dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya.Beliau turut menyatakan tidak akan memaafkan Nur Fatin, ketika wanita berkenaan sedang membuat rayuannya.

Ibu Nur Fatin yang turut hadir bersama abang dan kakaknya turut dilihat mengalirkan air mata sambil mengurut dada dan menyebut ‘Allahuakbar’ ketika mendengar rayuan anaknya itu.

Terdahulu, Nur Fatin yang memakai jaket berwarna hitam tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 8.40 pagi dan dilihat disorong dengan kerusi roda diiringi anggota polis trafik pengiring.

Sabtu lalu, polis dilaporkan menahan pemandu Perodua Myvi berkenaan selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, hingga menyebabkan Mohd Rizal m4ut.

Video kemalangan maut berkenaan tular di media sosial sejak Sabtu lalu menyebabkan pemandu wanita terbabit dikecam netizen selain kes berkenaan menjadi tumpuan awam.

Kredit:HMetroOnline

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*