Lokman Adam Tuduh KKM Manipulasi Angka Kes Posiitif. Sekali Jawapan Balas DG Noor Hisam Buat Dia Tergamam..

PUTRA JAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan jumlah kes positif Covid-19 telah diman-ipulasi untuk kepentingan pihak lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dakwaan itu jelas tidak berasas kerana kutipan data kes setiap hari menggunakan Sistem Maklumat Kesihatan Awam.

Jelas beliau, secara rutin setiap negeri akan masukkan data tersebut dan pihaknya membincangkan sebagai satu pasukan dan bukannya melibatkan dirinya seorang.

“Kita kutip data setiap hari sehingga jam 12 tengah hari menggunakan Sistem Maklumat Kesihatan Awam.

“Setiap negeri, mereka akan masukkan data tersebut dan kita bincang. Bukan hanya daripada saya tetapi satu pasukan pasukan di sebalik tabir akan melihat data dan kluster yang terlibat.

“Ini bukan mema-nipulasi. Ia adalah fakta. Kita menggunakan fakta ini dari hari pertama. Jangan data menunjukkan angka kosong dan satu digit kita terima data tersebut.

“Bila melebihi 1,000 kes kita tidak terima data tersebut,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam bahawa Noor Hisham telah memanipulasi jumlah kes Covid-19 sejak kebelakangan ini bagi tujuan menghalalkan pengumuman dar-urat yang dicadangkan darur-at.

Noor Hisham menambah, KKM telah menjangkakan unjuran pihaknya menunjukkan kes-kes positif akan meningkat 1,000 kes dalam masa terdekat.

Jelas beliau, kemungkinan selepas 31 Oktober ini, negara tidak lagi mencatatkan jumlah kes positif tiga digit tetapi empat digit.

Katanya, ia melainkan nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (R0) dapat diturunkan kurang daripada satu.

“Dalam unjuran kita sepanjang tempoh empat minggu ini barulah kita dapat turunkan jumlah kes daripada empat digit kepada tiga gigit.

“Pep-erangan sedang sengit kita jalankan terutamanya di Sabah untuk pastikan kita mengawal penularan Covid-19 ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*