Lim Kit Siang Tuduh Muhyiddin Tak Endah Nasihat Agong

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan keikhlasan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berpolitik dan menumpukan usaha memerangi gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

“Pada malam Ahad, persoalannya adalah sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan penolakan Yang di Pertuan Agong terhadap cadangan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen bagi memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Malaysia.

 

“Malam semalam, persoalannya bertukar kepada adakah pemerintahan pintu belakang Muhyiddin Yassin ini akan tumbang sekiranya Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik keluar Umno daripada kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk melalui plot Langkah Sheraton pada bulan Februari lalu.

 

“Semua percakapan menggunakan bahasa politik perdamaian dan perpaduan nasional, tetapi tindakan yang dilihat menunjukkan tanda-tanda politik perpecahan dan polarisasi nasional.

 

“Nampaknya, nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada rakyat Malaysia untuk berhenti berpolitik dan menggugat kestabilan kerajaan supaya semua orang, tanpa mengira latar belakang dan ideologi, dapat mengetepikan perbezaan dan perselisihan mereka dan bersatu sebagai satu dalam memerangi wabak Covid-19 dan nasihat Raja-raja Melayu untuk menerjemahkan prinsip-prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen menjadi budaya pentadbiran untuk memastikan keadilan dan membendung sebarang penyalahgunaan kuasa tidak diendahkan,” kata Lim.

Lim dalam kenyataannya juga merujuk laporan portal berita yang menyiarkan berita bahawa Sepanyol mengisytiharkan darurat.

Lim berkata situasi Covid-19 di Malaysia walaupun serius adalah tidak sama seperti Sepanyol yang mengisytiharkan darurat selepas 1,156,498 jangkitan dan 35,031 kematian.

 

“Namun, perbezaan yang paling penting adalah bahawa keadaan darurat di Sepanyol tidak melibatkan penggantungan Parlimen Sepanyol.

“Malah, Parlimen Sepanyol sendiri akan memutuskan sama ada darurat akan dilanjutkan melebihi 14 hari.

“Bagaimanapun, di Malaysia, tujuan darurat adalah untuk menggantung Parlimen daripada dan bukannya melaksanakan perintah darurat,” kata Lim.

 

Semalam Lim meminta agar parti-parti politik mencapai persetujuan bahawa kerusi parlimen Batu Sapi, yang dikosongkan berikutan kematiannya penyandangnya Liew Vui Keong diberikan kepada calon Warisan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pencalonan bagi pilihan raya kecil Batu Sapi pada 23 November dan hari mengundi pada 5 Disember.

Sumber – Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*