LHDN Seru Peniaga Mikro Buat Permohonan Bantuan GKP Bernilai RM3000 Sebelum 31 Okt 2020. Ini Cara Untuk Memohon

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan peniaga-peniaga mikro yang layak dan masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) agar membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020.
LHDN berkata, permohonan bantuan kerajaan secara one-off berjumlah RM3,000 ini boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/.
“Seperti sedia maklum, GKP telah diperkenalkan kerajaan di bawah pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan untuk membantu peniaga-peniaga mikro yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
“Permohonan GKP sebelum ini telah memanfaatkan 545 ribu peniaga mikro seluruh negara dengan nilai sebanyak RM1.63 bilion,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, LHDN berkata, di bawah Kerangka Initiatif Tambahan Khas, Kita Prihatin, kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dan bayaran dijangka akan dibuat mulai 25 November 2020.
“Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020,” jelas kenyataan itu.
Sementara itu, LHDNM memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi dan Hasil Care Line (HCL) ditutup sementara mulai 27 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan itu, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dilakukan di bangunan berkenaan.
“Berikutan itu talian telefon untuk pertanyaan percukaian iaitu 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), serta Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1-800-88-2747 akan tergendala seketika.
“Dalam tempoh ini, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan LHDN boleh dibuat secara dalam talian menerusi saluran media sosial dan HASiL live chat,” tambah kenyataan itu lagi.
Sumber – Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*