Lepas Tolak Hutang Piutang, Rupanya M40 Lebih Miskin Daripada B40. Ini Butirannya

Menghampiri dua minggu selepas Belanjawan 2021 diumumkan, masih ada cakap-cakap di sini dan sana yang tidak begitu berpuas hati dengan pembentangan belanjawan itu.
Antara suara yang paling kerap kedengaran adalah dari M40 yang mendakwa mereka tidak mendapat manfaat daripadanya sedangkan mereka merupakan pembayar cukai.
Pekerja swasta, Azizul Hakim Abdul Aziz berkata mereka tidaklah begitu mendambakan wang tunai namun berharap ada sesuatu diberikan kepada mereka dalam bentuk lain supaya mereka mempunyai wang tunai di tangan.
“M40 macam seolah-olah ambil duit daripada kami sebab kami pembayar cukai tapi kami tak dapat apa-apa, macam Robin Hood, ambil duit daripada orang yang ada dan taburkan duit itu.
“Saya nak beritahu, M40 ini kalau dah tolak hutang, kami lagi miskin dari B40, tolonglah.
“Saya rasa saya boleh simpulkan M40 perlu dititikberatkan.
“Kami bukan nak duit tapi berilah keistimewaan kepada yang membolehkan kami ada tunai di tangan.
“Sekarang ini rasa sesak dah sampai hidung, dah tenat ni,” katanya dalam program khas pasca Belanjawan 2021 disiarkan Astro AWANI.
Dalam pada itu, suri rumah yang juga peniaga dalam talian Norhaida Kamaludin mengharapkan capaian internet yang lebih baik dan diskaun bil telekomunikasi perlu diberikan kepada rakyat.
Menurutnya, kelaziman baharu menuntut pembelajaran secara digital diperluaskan namun dengan kualiti internet yang tidak memuaskan, ia memberi cabaran lain pula kepada mereka.
“Untuk tahun depan, kalau boleh penyedia servis telekomunikasi membaiki servis yang ada. Saya tidaklah mengharapkan laju macam 5G di Korea, tekan-tekan saja terus keluar.
“Tapi sekurangnya tiadalah macam telefon buruk yang dengar 50 peratus, gambar lekat-lekat, benda ini mengganggu jugalah,” ujarnya.
Dalam program sama, Astro AWANI juga mendapatkan respons daripada tiga lagi individu yang merupakan mahasiswa, jururawat dan generasi Felda.
Berikut adalah ulasan mereka terhadap Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November lepas.
Menurut Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Rauzan Esa berkata:
“Generasi Felda yang ada di luar yang terkesan secara langsung, boleh pulang ke kampung kerana di kampung ada peluang. Ini kerana berbanding industri lain, industri sawit tidak terkesan semasa COVID-19.
“Sekarang pun harga sawit lebih daripada RM700 satu tan. Itu kelebihan untuk generasi Felda yang mana kita ada asas di kampung,” kataya.
Ini pula respons jururawat, Atirah Mohd Azizul:
“Belanjawan untuk bahagian kesihatan, kerajaan dah beri yang terbaik kepada kami, dari segi PPE (pakaian perlindungan diri) yang tak cukup dulu, sekarang dah cukup.
“Berbanding dulu, masyarakat terpaksa bantu kami utk dapatkan PPE sekarang dah dapatkan yang sepatutnya dalam belanjawan, belanajwan kali ini, kami di bahagian kesihatan, frontliner bersyukur,” ujarnya.
Bagi mahasiswa, Aina Mardhiah Jazlan, peruntukan untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari aspek jalur lebar sedikit sebanyak membawa kesan positif kepada mereka.
“Bukan sahaja kepada mahasiswa tapi untuk semua boleh digital. Pelajar pun banyak yang masuk dalam perniagaan dalam talian.
“Seramai 12 pelajar dalam kelas saya, lima orang dah buat perniagaan dalam talian dan masih lagi belajar, untuk menampung perbelanjaan mereka.
“Sedikit kritikan atau tambahan, saya rasa perlu ada peruntukan diberikan kepada mahasiswa,” katanya.
Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*