Lepas Picit Jerawat. Wajah Gadis Ini Berubah Menjdi Sangat Hodoh. Ini Rupanya Sebabnya

Manila: Seorang wanita di Filipina tidak menyangka tindakan memicit jerawat di muka menyebabkan wajahnya yang dahulu cantik bertukar hodoh.

Lebih malang, akibat perbuatan itu, Mary Ann Regacho, 17, dari Nueva Ecija, kini, tidak mampu melihat apabila menjadi buta.

Menceritakan kisahnya, Mary berkata, pada mulanya, dia hanya memicit jerawat di muka, sebelum ia membengkak dan semakin teruk, pada tahun lalu.

The Sun melaporkan, wanita itu menyangka bengkak di muka akibat perubahan hormon selepas melahirkan bayi lelakinya, ketika dia berusia 16 tahun.

Selepas memicit jerawat itu, dia berasa semakin sakit di muka dan kesakitan itu merebak ke seluruh wajah.

Malah, Mary menyifatkan bengkak di muka seperti belon yang hendak meletup.

Kini, benjol itu hampir menutupi wajah dan mempengaruhi penglihatannya apabila bengkak itu merebak ke sudut mata.

Ibu muda itu berusaha menyembuhkan jangkitan itu dengan ubat herba, tetapi hampa.

Katanya, ketumbuhan itu turut merebak di hidung, pipi dan dahinya.

“Pada mulanya, saya rasa itu jerawat biasa, tetapi sakitnya sehingga tidak dapat tidur malam.

“Saya cuba semua benda untuk mengubatinya, tetapi gagal. Sekarang, wajah saya tidak sama lagi,” katanya.

Suaminya, Albert Sales, yang mengambil upah bekerja sambilan di ladang jiran berkata, tanpa pendapatan tetap, dia tidak mampu mendapatkan rawatan untuk isterinya.

Selepas hampir setahun menahan sakit, wanita itu pergi ke hospital untuk pemeriksaan.

Namun, hospital itu tiada peralatan mendiagnosis penyakit misteri itu sehingga Mary dipindahkan ke hospital besar.

Kerana sukar membayar bil perubatan, suaminya yang bimbang kini meminta bantuan orang ramai.

sumber – hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*