Langgar SOP Covid-19, Akhirnya YB Rara Dijatuhkan Hukuman. Ini Butirannya..

Sebelum ini media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (AUN) Ketari, Young Syefura Othman memohon maaf dan rela disiasat berhubung gambarnya yang sedang berkelah tular di media sosial baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi posting di akaun Twitternya hari ini.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya mel4nggar sebarang SOP COVID-19,” katanya.

Ia tular selepas wakil rakyat itu sendiri dikatakan memuat naiknya ke akaun Instagram.

Bagaimanapun, ia didapati telah dipadamkan selepas mendapat perhatian netizen yang rata-rata mempersoalkan tindakan terbabit.

Malah, sebilangan netizen dilihat mendesak Young Syefura meletak jawatan susulan tindakannya itu.

Aktiviti berkelah merupakan antara yang dilarang di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selangor diletakkan di bawah PKPB sejak 14 Oktober lalu dan dijangka berakhir 6 Disember ini.

 

Young Syefura Akan Bayar Kompaun L4nggar SOP PKPB Segera

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman mengatakan beliau akan menjelaskan bayaran kompuan yang diarahkan kepadanya kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini dalam masa terdekat.

Pengakuan itu lakukan Young Syefura semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang semalam, yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kelmarin.

Beliau juga mengatakan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.

Pada masa sama, Young Syefura yang dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor, yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial tersebut meminta maaf kerana telah melanggar SOP PKPB.

“Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Saya juga memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu,” katanya seperti dilaporkan Awani.

Sebelum ini banyak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Young Syefura yang didakwa telah melanggar SOP PKPD apabila beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor.

Beliau kemudian meminta maaf kerana berkelah dan terbuka untuk dirinya disiasat.

Selangor merupakan antara negeri yang dikenakan PKPB sehingga 6 Disember ini, dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh tersebut.

Kredit Foto: Utusan via trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*