“Lakukan Solat Hajat Untuk Baginda Di Seluruh Malaysia Lepas Waktu Magrib Hari ini” – Rakyat Diseru Untuk Doakan Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disarankan untuk melaksanakan solat hajat selepas waktu Maghrib, hari ini, khusus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hal in disampaikan Oleh pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, seperti yang diketahui ramai, baginda sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan sejak dua hari lalu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan,” katanya.

SUmber – Wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*