‘Lain Janda Lain Rasa’ – Pemilik Nasi Lemak Janda Tampil Beri Penjelasan Beserta Hadis Selepas Dikecam

Kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19 sudah menjadi sebahagian daripada normal baru namun memberi pengalaman ngeri kepada individu terbabit.

Berdasarkan undian atas talian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Poll UCSI pada 20 hingga 30 Julai lalu mendapati sebanyak 48 peratus daripada 858 responden bersetuju bahawa kehilangan pekerjaan adalah peluang untuk mereka bekerja sendiri.

Pelbagai inisiatif di lakukan oleh anak muda demi untuk meneruskan kelansungan hidup. Ada antara  mereka yang membuka gerai menjual makanan, tapi lain pula nama yang di pilih oleh pemilik gerai yang sedang tular ini

Baru baru ini tular di media sosial tentang sebuah gerai Nasi Lemak. Yang uniknya adalah nama gerai tersebut dan tagline gerai itu.

Nasi Lemak Janda – Lain Janda Lain Rasa

Menarik bukan nama gerai ini, admin pun tertarik. Sudah semestinya nama Janda ini pasti akan buat ramai lelaki tertanya tanya, janda mana ni?

Pemilik gerai Nasi Lemak Janda yang bernama Fara Ain memberitahu dia terima banyak kecaman kerana nama dan tagline untuk gerai nasi lemak beliau.

Beliau tampil muat naik  status tentang kecaman yang dia terima.

“Kalau nak bagi komen yang buruk² sis okey je…Kalau hati tu hitam Kotor.. semua tu selalunya berfikiran pun Kotor je jadinya… Cuba niat tu baik Dan prasangka baik,jadinya baik la kan… Tq atas Viral² ini semua… Semoga Tuhan memaafkan kepada orang² yang prasangka buruk tu… Saya maaf kan. Terima kasih”

Beliau juga ada menyelitkan sepotong ayat dari dalam hadith tentang janda haruslah dibantu.

Fara Ain juga tidak ambil peduli dengan k3caman oleh netizan, sebaliknya mengambil perkara tersebut sebagai pemangkin semaangat untuk beliau lebih berjaya

“Ada yang boleh Terima Dan Ada yang Tak Boleh Terima.. Meh sini sis nak share…Tak apa… Sis okey je.. Apa² pun Terima kasih atas Nasihat you All… Moga Murah Rezeki buat Kalian semua.. Amin”

Melihat pelbagai juadah yang menyelerakan, sudah pasti ramai yang datang mahu mencuba selain harga nasi juga sabgat berpatutan

Berikut senarai menu, lokasi dan masa gerai tersebut buka

Tengok senarai menu pun membangkitkan selera bukan, apa tunggu lagi, jom serbu gerai Nasi Lemak Janda

Dalam perkembangan semasa, Prestasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur selepas Jun 2020 dan mencatat pemulihan positif pada tahun 2021, disokong oleh langkah fiskal, monetari dan kewangan yang cukup besar dan kemajuan dalam projek infrastruktur awam yang berkaitan dengan pengangkutan.

Sama-sama kita berdoa agar negara kita keluar daripada krisis ekonomi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

kredit: Fara Ain via trending sangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

2 Comments

  1. Peniaga sekarang berniaga tidak beradab. Cuba rujuk sirah Rasulullah SAW. Bagaimana cara Rasulullah SAW berniaga? Antara perniagaan yang menjadi haram adalah perniagaan yang mendatangkan aib kepada peniaganya dan mendatang fitnah kpd orang lain. Perniagannya menjadi Haram. Hasil yang diperolehi adalah Haram. Lelaki memang 9 nafsunya ke arah seksual. Tagline sebegini hanya mendatang fitnah dan perasaan tidak selamat kepada janda-janda di Malaysia. Maqasid Syariah menetapkan tanggungjawab kaum lelaki dan pemerintah Kerajaan menjaga keselamatan kaum wanitanya dalam apa cara sekalipun. Bayangkan jika tagline ini menjadi sebutan harian? Bayangkan jika ratusan lelaki memandang janda-janda di sekelilingnya dengan perasaan ingin tahu apa rasanya? Selamatkah wanita yang bergelar janda itu? Dalam berniaga ikut cara Rasulullah SAW jika ingin keberkatan rezeki itu. Bagi saya peniaga ini sgt sombong apabila menuduh orang yg menegur itu sebagai hati hitam. Orang menegur kerana mahu melepaskan tanggungjawab sesama Islam di dunia ini. Kembali kepada ajaran Islam jika mahu rezeki berkat. Semoga Rasulullah SAW sudi memberi syafaat baginda kepada kita semua di akhirat nanti. Alangkah malangnya jika Rasulullah SAW memalingkan wajah Baginda dari kita hanya kerana sebaris tagline perniagaan yang mendatangkan fitnah kepada ribuan wanita lain.

  2. Rasullulah SAW bersabda tentang bentuk perniagaan yang diharamkan yang disebut sebagai Bai’ul Gharari. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a: Ertinya: Rasulullah menegah daripada jualan berbahaya dan jualan secara melontar anak batu. Huraiannya: Pengharaman ke atas segala bentuk jualan yang mendatangkan kemudaratan, kerugian, bahaya atau sakit hati orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*