Lagu-lagu Yang Tersingkir Lebih Layak Dipertandingkan di Final AJL. Ini Rupanya Punca Datuk Hattan Tak Puas Hati Dengan Pemarkahan Dari Juri

Selesai sudah Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) apabila 12 lagu sudah terpilih untuk berentap di pentas akhir pada awal tahun 2021.

Berikut merupakan senarai penyanyi dan kumpulan bersama lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij AJL35 yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

1. Wany Hasrita & Jamal Abdillah Belenggu – Rindu
2. Shiha Zikir (Siti Nurhaliza), Kmy Kmo & Luca Sickta – 7 Nasihat
3. Hael Husaini – Hati
4. Aina Abdul – Semalam

5. Hael Husaini (Nabila Razali) – Peluang Kedua
6. Floor 88 – Hutang
7. Amir Masdi – Kau Sakiti
8. Ernie Zakri – Gundah

9. Kaka Azraf, Tuju, Noki – Gila
10. Azlan & The Typewriter – Jangan Khianati Aku
11. Zizi Kirana – Eh
12. Aishah (Siti Nurhaliza) – Aku Bidadari Syurgamu

Namun nampaknya ada ‘cakap-cakap’ yang mengatakan segelintir lagu yang tersingkir lebih layak bertanding di anugerah berprestij itu.

Penyanyi Datuk Hattan mengakui kecewa dengan pemilihan senarai lagu ke AJL35 dan meminta barisan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) berfikir di luar kotak dalam penjurian mereka.

Hattan berkata, semua orang kini berada dalam dunia baharu dan perlu mengetahui berkenaan revolusi muzik yang berlaku di seluruh dunia.

Terdahulu, ketua juri SFMM35, Azmeer menjelaskan terdapat beberapa kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir itu.

Azmeer berkata, walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat.

” Azmeer kata ada lagu yang tak sesuai untuk pertandingan. Kalau dah dikategorikan begitu, tak payahlah bagi lagu ini masuk bertanding dari awal.

” Banyak perkara baharu berlaku dalam muzik sekarang. Malah anak saya sendiri, Adam kata masa saya sudah berakhir. Saya pun mengakui kata-katanya. Kita kenalah hormat.

” Macam lagu Yonnyboii, penjiwaan yang hebat menerusi lagu Sakit wajar dihormati. Sekarang bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah.

” Saya amat terkejut apabila Sakit gagal ke AJL35 kerana masih ada juri berfikiran cara lama. Kenalah bagi ruang untuk bakat baharu berkarya,” katanya kepada Harian Metro.

Berkenaan lagu Sembah nyanyian Naim Daniel yang disebut-sebut bakal ke AJL35 namun gagal, Hattan meminta Azmeer menikmati lagu itu tanpa gitar dan menghayatinya.

” Itu cara ‘marketing’ Naim Daniel dan Azmeer kena fikir tujuannya untuk tarik orang lama sukakan lagu itu.

Lagu Aku Bidadari Syurgamu (Siti Nurhaliza) biasa saja

” Saya nampak Azmeer lebih utamakan lagu Aku Bidadari Syurgamu sedangkan lagunya biasa saja.

” Saya lihat kenyataan Azmeer berkenaan penjurian amat kurang sesuai. Ada lagu yang terpilih tiada apa-apa kelainan sedangkan peminat nak sesuatu yang segar.

” Lagu Sakit adalah sesuatu yang segar dan patut diketengahkan lagi. Penjiwaan Yonnyboii yang mengaku kesalahannya sangat ‘soul’,” katanya.

Menurut Hattan, Yonnyboii tidak perlu menyanyikannya dengan nada tinggi, tetapi melodi dan lirik mendalam dan berkesan dihati pendengar.

” Saya lihat juri nak pilih lagu yang menjerit-jerit sedangkan zaman itu sudah berlalu. Industri muzik kita sepatutnya perlu bergerak ke hadapan dan bukan mundur ke belakang atau berada di takuk lama,” katanya.

Sumber-limauais

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*