Lagi Kes Tunggang Agama Demi Kepuasan Nafsu. Seorang ‘Ustaz’ Yang Mencabul Pesakit Kini Ditahan Polis

HULU TERENGGANU – Polis menahan seorang bekas pengamal perubatan digelar ‘ustaz’ berhubung dakwaan kes mencabul seorang wanita ketika melakukan rawatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 52 tahun itu disyaki mencabul seorang wanita berusia 30 tahun dalam kejadian di Kuala Berang, di sini, pada 22 November lalu.

Beliau berkata, pada hari kejadian, mangsa yang merupakan seorang jurujual telah bertemu suspek pada jam 8.30 malam untuk berubat.

Katanya, semasa rawatan tersebut, suspek memaklumkan bahawa mangsa telah terkena buatan orang dan perlu membuat rawatan ke atasnya.

Beliau berkata, suspek telah meminta izin untuk memegang mangsa dengan tujuan perubatan dan mangsa telah membenarkan.

“Suspek kemudiannya telah memegang payu dara dan kemaluan mangsa serta mencekik leher mangsa.

“Sebaik selesai rawatan suspek memaklumkan beliau akan datang ke rumah mangsa untuk melihat keadaan rumah bagi meneruskan rawatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut Mohd Adli, mangsa telah menjemput suspek datang ke rumahnya di Kuala Nerus untuk rawatan pada jam 2.30 petang pada 24 November lalu.

“Selesai rawatan yang diberikan ‘ustaz’ tersebut telah meminta izin mangsa untuk mencium mangsa tetapi mangsa tidak membenarkan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah pergi ke sebuah pusat perubatan Islam di Kuala Ibai, Kuala Terengganu untuk bertanya lanjut mengenai proses rawatan yang diberikan oleh suspek berkenaan.

Katanya, mangsa dimaklumkan oleh pihak perubatan Islam itu bahawa suspek digantung tugas dan pihak berkenaan meminta mangsa membuat laporan polis.

Mohd Adli berkata, suspek berkenaan direman selama empat hari bermula 6 hingga 9 Disember 2020.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sumber -wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*