Kontraktor Bergelar Datuk Untung RM800 Juta! Namun Jalan Di Sarawak Tetap Barai

Sebahagian besar jalan raya di Sarawak dikategorikan sebagai jalan yang teruk dan menggunakan bahan yang berkualiti rendah. Namun, konktraktor utama yang mendapat tender melaksanakan jalan tersebut memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta.

Hal ini berikutan 10 projek di Negeri Sarawak untuk dinaik taraf dilihat gagal akibat perilaku dua pengarah syarikat konktraktor jalan yang pecah amanah menggunakan bahan yang murah dan tidak berkualiti.

Kebanyakkan jalan yang terlibat bagi projek itu hanya menggunakan lapisan tar sebanyak 2 inchi sahaja dan tiada lapisan pasir atau batu kerikir yang sepatutnya perlu mengikut spesifikasi pihak JKR. Cuba anda bayangkan betapa rakusnya syarikat tersebut bagi mencari untung.

Tambahan pula, di Sarawak terdapat banyak lori yang membawa balak dan juga muatan berat yang menyebabkan jalan tersebut terlalu mudah untuk rosak dan sangat menyudahkan penduduk setempat yang betul-betul menggunakan jalan tersebut sebagai penghubung utama ke bandar mahupun ke kawasan pendalaman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini telah berjaya 2 orang pengarah syarikat berstatus Datuk kerna disyaki telah terbabit dalam rasuah yang membuat penuntutan bernilai puluhan juta ringgit berkaitan 10 projek menaik taraf jalan di sekitar Sarawak yang bernilai hampr RM800 juta.

Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM telah membuat pengesahan terhadap tangkapan dua orang pengarah itu.

Sumber – Hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*