Khabib Tak Jadi Nak Bersara, Jurulatih Dedah Perkara Sebenar

LONDON: Ketua jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez mendedahkan persaraan jaguh tempur itu adalah ‘keputusan emosional’ sambil menyifatkan ‘hanya masa akan menentukan’ kepulangannya untuk kembali bertarung.

Juara lightweight itu merakam rekod 29-0 pada UFC 254 selepas menumbangkan Justin Gaethje di pusingan kedua, Ahad lalu.

Ketua jurulatih Khabib percaya jaguh tempur itu akan buat keluar daripada persaraan. - FOTO FB KHABIB

Namun selepas tamat pertarungan itu, Nurmagomedov yang bertarung buat kali pertama sejak kehilangan bapanya mengumumkan yang dia akan bersara.

Tindakan itu jelas mengejutkan Mendez yang mengakui dia sama sekali tidak mengetahui keputusan yang dibuat jaguh berusia 32 tahun itu.

Namun Mendez tahu Nurmagomedov tenggelam dalam emosinya selepas kemenangan itu sekali gus enggan memikirkan mengenai kariernya.

“Melihat kepada emosinya, dia menangis dan fikirannya tidak tentu arah. Saya tidak tahu (persaraan) kerana dia pun tidak bercakap mengenainya. Tetapi saya faham beban bapanya mungkin terlalu berat untuknya.

“Anda lihat bagaimana dia menitiskan air mata, saya katakan kepadanya ‘saya sayang awak, menangislah sepuasnya. Khabib begitu beremosi dan mengapa dia mengambil tindakan sebegitu, saya tidak tahu.

“Saya tahu apa yang dia katakan tetapi dia begitu emosi jadi hanya masa yang akan menentukan (dia benar benar bersara).

“Tetapi saya tidak akan bercakap mengenainya. Itu bukan kerja saya. Kerja saya adalah untuk menyayanginya dan melatihnya apabila dia mahu bertarung,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*